/

Undi Sipadan Sebagai Alam Semula Jadi Ajaib Dunia

KOTA KINABALU, 18 Feb - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta semua rakyat Malaysia memberikan undi mereka dalam satu kempen online www.new7wonders.com/nature bagi menyenaraikan Pulau Sipadan sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru.

"Sipadan adalah permata dasar laut yang amat popular dalam kalangan penyelam di seluruh dunia. Kita seharusnya berbangga dengannya, dan sehubungan itu saya meminta semua orang termasuk pelancong memberikan undi bagi tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Katanya rakyat Malaysia di Sabah perlu memberikan sokongan mereka terhadap kempen online ini dan mewujudkan kesedaran untuk mengundi destinasi pelancongan itu kerana pencalonan Sipadan sudah merupakan satu penghormatan.

Sipadan adalah satu daripada 261 calon bagi tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru bersama tarikan alam semula jadi lain seperti Ko Phi Phi di Thailand, Grand Canyon dan Air Terjun Niagara di Amerika Syarikat dan barisan terumbu karang besar, Great Barrier Reef di Australia.


"Saya dimaklumkan bahawa Sipadan dicalonkan oleh penyelam-penyelam yang pernah berkunjung ke sana. Saya pasti sejumlah penyelam asing memberikan pencalonan itu. Jika pelancong asing boleh memberi sokongan mereka, kita rakyat Malaysia seharusnya memberi sokongan penuh," katanya.

Musa turut mengarahkan pihak berkuasa memastikan ekosistem marin di sekitar Sipadan terus dilindungi. - Bernama
Marjaki Rawo , Khamis, Februari 19, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog