Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 10:05 AM

19Khamis,Februari

Setiap remaja peruntuk 87 jam setahun layari web lucah

LONDON: Seorang remaja memperuntukkan masa sejam 40 minit seminggu untuk melayari laman web lucah, menurut penyelidikan baru, yang bersamaan dengan 87 jam setahun, manakala sejam 35 minit lagi diperuntukkan melayari laman web mengenai diet dan kehilangan berat badan.

Kajian ke atas 1,000 remaja mendapati secara purata seorang daripada mereka melayari laman web 31 jam setiap minggu melayari laman web lucah, pembedahan plastik, diet, perancangan keluarga dan sokongan emosi.

Tambahan sejam dan lapan minit lagi diperuntukkan untuk meneroka laman web pembedahan kosmetik, untuk mengetahui mengenai pembedahan payu dara, punggung dan suntikan kolagen.

Penyelidikan dikendalikan oleh 'CyberSentinel.co.uk', program komputer yang membolehkan ibu bapa menghalang laman web dan memantau penggunaan internet.

Pengarah Urusan CyberSentinel, Ellie Puddle, berkata: "Perkara membimbangkan mengenai penyelidikan ini ialah ia menunjukkan remaja jelas meneroka semua jenis topik disebabkan tekanan zaman moden.

"Sebagai contoh, tekanan untuk meniru standard kecantikan selebriti menyebabkan remaja menghabiskan banyak masa menyelidik mengenai pembedahan plastik."

Penyelidikan juga mendapati mereka mencari maklumat mengenai pencegahan dan kehamilan dan seks serta kehilangan berat badan.

"Atas alasan tertentu, mereka mendapati lebih mudah menggunakan online untuk membuat penyelidikan berbanding mendapatkan nasihat daripada ibu atau ayah. Tidak salah menggunakan internet untuk menyelidik topik yang sukar dibincangkan, tetapi ibu bapa perlu bersetuju dan menetapkan sempadan daripada melayari laman web tidak bersesuaian," katanya Puddle.

Tinjauan mendedahkan remaja memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga jam dan 10 minit seminggu mencari topik untuk kerja rumah, dan sejam 40 minit lagi memuat turun atau mendengar muzik.

Tambahan selama dua jam dua minit diperuntukkan menonton klip di laman web YouTube, manakala sejam 22 minit lagi digunakan melayari laman web kesihatan untuk mencari maklumat mengenai penyakit. - Agensi
Muhammad Ttuyup , Khamis, Februari 19, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog