Pengarah Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan berkata pemilik kereta import yang terbabit boleh membawa kenderaan mereka di JPJ negeri masing-masing untuk diperiksa oleh jurutera-jurutera yang dilantik di Bahagian Kejuruteraan Automatif JPJ.
Beliau berkata mereka juga boleh memeriksa senarai kereta-kereta model import yang dipasang dengan lampu xenon yang dibenarkan dengan melawat laman web www.jpj.gov.my.
"Mulai 1 Disember ini, semua kenderaan tidak dibenarkan dipasang dengan lampu xenon secara retrofit kecuali jika ada penukaran keseluruhan sistem lampu, tetapi harus mendapat akreditasi daripada pihak berkuasa seperti SIRIM."JPJ ingin menjelaskan bahawa lampu xenon bukan tidak dibenarkan tetapi ia mesti mengikut piawaian yang ditetapkan dan tidak diubah suai sehingga memancar cahaya yang keterlaluan," katanya kepada pemberita semasa menyertai operasi khas lampu xenon di Tol Awan Besar Lebuh Raya Kesas di sini malam ini.
Salim berkata pemasangan lampu xenon yang tidak mengikut piawaian adalah berbahaya kerana pendawaian yang tidak sempurna akan menyebabkan kereta terbabit terbakar.Sementara itu, dalam operasi yang bermula pukul 8.30 malam ini, 28 kenderaan dikenal pasti menggunakan lampu xenon yang tidak mengikut piawaian.
Salim berkata kesemua kenderaan itu hanya diberi notis amaran untuk menukarnya sebelum hujung bulan November kerana penguatkuasaan penuh hanya bermula 1 Disember ini.
"Kompaun RM300 akan dikenakan jika tidak menukar lampu xenon yang tidak dibenarkan. Sekiranya gagal membayarnya, pesalah bakal berdepan denda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan mengikut Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - bernama
Rabu, November 12, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pemilik Kereta Import Berlampu Xenon Diminta Rujuk JPJ Segera silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "