
Ubat mati pucuk lelaki, perkenalan internet antara punca
LOS ANGELES: Semakin ramai lelaki berusia dan wanita muda curang kepada pasangan suami atau isteri masing-masing yang dikaitkan dengan faktor kemudahan rawatan mati pucuk bagi lelaki, manakala wanita pula terjerumus dengan perkenalan menerusi media elektronik seperti internet.
Hasil tinjauan Bancian Sosial Umum Amerika Syarikat menunjukkan masyarakat juga terlalu memandang ringan isu pasangan yang curang biarpun ia terbukti menjadi antara cabaran terbesar dalam perkahwinan pasangan hari ini, lapor Chicago Sun-Times.
Analisis itu dilakukan Profesor Madya David Atkins dari Universiti Washington.
Lebih mengejutkan, hasil bancian itu serta beberapa tinjauan terbaru menunjukkan, kecurangan semakin ketara dan jika dulu lelaki lebih banyak dipersalahkan, tetapi kini, bilangan wanita yang bermain kayu tiga juga hampir menyamai lelaki.Malah, apa yang ketara, wanita atau isteri muda khususnya, lebih banyak mengkhianati suami dan ia menyamai suami yang bertindak curang kepada isteri mereka.
Hasil analisis data pada 1991 - 2006 turut menunjukkan aliran yang berbeza daripada era sebelum itu. Kalangan penyelidik Universiti Washington mendapati, kadar purata bagi lelaki berusia lebih 60 tahun untuk curang, meningkat 28 peratus pada 2006 iaitu bertambah daripada 20 peratus dicatatkan pada 1991.
Bagi wanita berusia lebih 60 tahun juga agak ketara iaitu 15 peratus berbanding cuma lima peratus pada 1991.
Penyelidik juga mendapati 20 peratus wanita dan 15 peratus lelaki berusia bawah 35 tahun, mengakui sentiasa curang - meningkat daripada 15 peratus (lelaki) dan 12 peratus (perempuan) sebelum ini.
Pelbagai teori dibangkitkan sebagai alasan untuk curang. Di kalangan warga tua, kehadiran pelbagai kaedah dan ubat yang membolehkan kehidupan seks mereka menjadi lebih aktif, termasuk dengan pasangan selain isteri atau suami sendiri.
Wanita pula dikaitkan dengan faktor teknologi masa kini seperti internet yang membolehkan mereka mengenali ramai teman lelaki. - Agensi
Rabu, November 12, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Orang muda cepat curang silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "