2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 2:34 PM

16Ahad,November

Kereta terbang dua tahun lagi


LONDON: Sebuah kereta terbang diilhamkan daripada model kereta Ferrari mungkin berupaya mengangkut penumpang kaya ke tempat kerja dalam tempoh dua tahun lagi, perekanya membuat ramalan.

Kereta terbang itu yang digelar 'Autovolantor' - berdasarkan rekaan model Ferrari 599 GTB berharga £200,000 (RM1.11 juta) - dibangunkan Moller International.

Ia mempunyai keupayaan untuk berlepas secara menegak dan meluncur kerana memiliki lapan kuasa tujahan yang menolak udara ke bawah ketika berlepas. Lubang udara kemudian terlipat supaya kereta itu boleh terbang ke hadapan.


Kereta itu dijangka mampu mencapai kelajuan 160 kilometer sejam dan 240 kilometer sejam di udara.

Jarak ketinggian ialah 120 kilometer dan jarak di darat ialah 240 kilometer.

Perekanya Bruce Calkins berkata, ciri-ciri kereta itu direka khas untuk menampung minyak hibrid dan sistem elektrik bagi memberi kuasa tujahan, mencipta sehingga 800 kuasa kuda.

Beliau percaya ia mampu terbang pada ketinggian sehingga 1,524 meter.

Calkins berkata: "Autovolantor mempunyai tenaga daripada lapan kipas yang diletakkan dalam enjin kenderaan. Ketika di dapat kipas ini menolak kenderaan dengan tujahan kurang berkuasa.

"Bilah kipas kecil di kawasan luar saluran boleh membawa udara ke hadapan atau belakang atau kekal di kedudukan neutral untuk pelepasan menegak dan mendarat.
"Sebaik saja berada di udara kenderaan itu bergerak seperti helikopter, bahagian hidungnya berada di bawah untuk bergerak ke hadapan, berputar ke kanan atau kiri untuk berubah haluan.

"Ketika ketinggian maksimum mungkin lebih tinggi, tenaga yang diperoleh untuk mencapai ketinggian melebihi 1,525 meter akan ketara justeru kami menjangka ia kekal di bawah ketinggian itu."

Moller memilih Ferrari menjadi model bagi mesin mencatat sejarah itu kerana bentuknya yang berlainan. -Agensi
Muhammad Ttuyup , Ahad, November 16, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog