LONDON: Perbuatan buli di tempat kerja amat banyak berlaku dan ketua pejabat didapati tidak melakukan tindakan yang cukup untuk menangani masalah itu, kata satu laporan.
Kajian Chartered Management Institute (CMI) Britain yang disiarkan semalam berkata, pengurusan lemah adalah punca utama menyebabkan majikan gagal menunaikan tanggungjawab melindungi kakitangannya.
"Dalam keadaan ekonomi sekarang, tekanan untuk menghasilkan kerja terbaik adalah jauh lebih berat tetapi keperluan menunjukkan kesungguhan kerja bukan alasan untuk membuli," kata pengarah pemasaran dan perhubungan korporat CMI, Jo Causon.Beliau berkata, tanpa kepemimpinan yang adil dan teguh, persekitaran kerja yang produktif tidak akan dapat diwujudkan manakala majikan juga tidak akan mampu memberi motivasi kepada kakitangan dalam situasi yang amat mencabar.
CMI berkata, perangkaan kerajaan menunjukkan perbuatan buli di tempat kerja menyebabkan ekonomi Britain kerugian produktivi sebanyak £13.75 bilion (RM75.62 bilion) setahun.
Laporan yang dibuat berdasarkan pandangan 867 pengurus di sektor swasta, awam dan sektor sokongan itu memberi pendapat bahawa kegagalan mendidik kakitangan boleh memusnahkan sesebuah institusi dalam jangka panjang.
Kajian itu juga mendapati 70 peratus pengurus menyaksikan perbuatan buli secara terbuka sejak tiga tahun lalu manakala jumlah kejadian buli yang dilaporkan dalam tempoh sama juga semakin meningkat.
"Bagaimanapun, tidak semua kes buli membabitkan ketua dengan kakitangan bawahan mereka apabila kajian menunjukkan 63 peratus responden berkata buli turut membabitkan rakan sekerja, manakala 30 peratus responden mengaku menyaksikan kakitangan bawahan membuli pengurus," kata Causon. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "