2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 8:56 PM

19Rabu,November

Cinta kilat utama seks sukar bertahan


LONDON: Sekumpulan penyelidik Britain memberi amaran, fenomena cinta kilat menerusi laman sembang di internet tidak membawa faedah jangka panjang kerana tetap mengutamakan rupa menawan, daya tarikan seks dan bukan personaliti seperti difikirkan ramai pihak.

Penyelidik Universiti Edinburgh diketuai Alison Lenton, berkata lebih besar kumpulan pilihan bakal pasangan, lebih mudah individu membuat pilihan berdasarkan rupa dan daya tarikan seks, berbanding faktor lain.

"Banyak pilihan menyebabkan pemikiran mereka buntu dan terus mengutamakan naluri semata-mata," kata saintis berkenaan.

Fenomena itu berbeza dengan haiwan seperti burung yang lebih besar kumpulannya, lebih tinggi peluang haiwan bukan dominan dipilih sebagai pasangan.

"Kaki cinta kilat cuba mendapatkan perhatian menerusi beberapa siri bermesra selama lima minit dan selepas itu membuat pilihan berdasarkan siapa dapat menawan hati," katanya.

Kumpulan penyelidik itu melakukan kajian membabitkan 118 sesi dengan individu antara tujuh hingga 36 orang setiap kumpulan.

Apa yang mengejutkan mereka, semakin besar kumpulan, pilihan ditumpukan kepada beberapa individu dan yang kurang popular tidak menjadi perhatian.

Bagi kumpulan kecil, ramai saling berinteraksi dan lebih mengutamakan kualiti seperti kecerdikan berbanding tarikan fizikal.

"Ini membuktikan, lebih banyak pilihan yang mereka ada, ramai yang terus melakukan tapisan dengan mengutamakan rupa paras calon pilihan," kata Lenton. - Agensi
Adam MeRAH , Rabu, November 19, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog