Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:31 PM

4Selasa,November

Campuran melamin-asid bawa mudarat, Ramai pengguna tidak mengetahuinya - Pakar

KUALA LUMPUR, 4 Nov - Melamin, sejenis bahan kimia yang kaya dengan nutrigen, selamat digunakan secara bersendirian dengan mengawal had jumlahnya, kata Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Mustafa Ali Mohd.

Tetapi malangnya ramai yang tidak tahu bahawa bahan kimia itu kini digunakan bersama asid sianurik yang memudaratkan manusia, kata beliau.

Dr Mustafa berkata kebanyakan bahan makanan yang dikeluarkan kini seperti susu segar, sayur-sayuran dan daging mengandungi asid sianurik tanpa diketahui peranannya yang berbahaya kepada manusia.

"Orang ramai hanya tahu tentang melamin, tiada sesiapapun bercakap tentang asid sianurik. Sebenarnya asid sianuriklah menjadi punca tersirat masalah keracunan makanan yang membunuh kanak-kanak di China.

"Kehadiran melamin dan asid sianurik secara bersendirian tidak berbahaya kepada manusia, tetapi kini masalahnya timbul apabila melamin digunakan bersama-sama asid sianurik," kata Dr Mustafa, yang juga ketua Shimadzu-UMMC Center for Xenobiotics Studies (SUCXeS), kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, SUCXeS dengan kerjasama Kementerian Kesihatan sedang menjalankan satu kajian terhadap melamin sejak isu itu dibangkitkan dan mendapati susu segar yang diperiksa turut dicampur asid sianurik.

"Kehadiran melamin dalam susu adalah untuk menambahkan kandungan protein, tetapi hasil kajian kami menunjukkan susu turut mengandungi asid sianurik yang boleh menyebabkan sakit buah pinggang.

"Susu yang baik ada nutrigen yang tinggi, apabila pengeluar susu mencampurkkan air dalam susu semata-mata untuk mengaut keuntungan, mereka akan memasukkan melamin bagi mengimbangkan tahap nutrigen agar tidak dikesan oleh pembeli.

"Penggunaan melamin ada tujuannya (menambahkan protein) tapi kami tidak faham kenapa asid sianurik dicampurkan dalam susu segar," katanya.

Mustafa berkata tujuan utama kajian mereka adalah bagi mengkaji tujuan sebenar kehadiran asid sianurik dan melamin dalam susu segar, sayur-sayuran dan daging segar serta mengkaji bahan makanan lain seperti sos, soya dan ikan bagi memastikan sama ada bahan makanan itu turut terdedah atau tidak kepada bahan kimia berkenaan.

Ditanya sama ada melamin boleh digantikan dengan bahan lain, Dr Mustafa berkata boleh, tetapi melamin sering menjadi pilihan kerana dikeluarkan secara berlebihan di China dan diperolehi dengan harga yang terlampau murah.

Katanya lagi, melamin merupakan bahan kimia yang tidak berwarna dan tidak mempunyai rasa, manakala bahan gantian lain yang boleh digunakan seperti pada sayur-sayuran mempunyai warna dan rasa yang boleh menyebabkan warna dan rasa produk yang dicampurkan dengannya berubah warna dan rasa asalnya.

"Jadi, melamin sentiasa menjadi pilihan (pengeluar susu dan makanan)," katanya.

"Secara saintifiknya penggunaan melamin tidak berisiko jika mematuhi had penggunaannya, sama seperti panadol... jika guna sikit jadi penawar, jika berlebihan akan membawa kemudaratan," kata Dr Mustafa.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tahap melamin yang dibenarkan dalam makanan kanak-kanak adalah 1ppm (1 bahagian dari sejuta) dan 2.5ppm bagi orang dewasa.
Kanak-kanak sering menjadi mangsa kerana mereka sentiasa bergantung kepada susu.

"Manakala asid sianurik pula, kami tidak pasti, kami sedang menjalankan kajian mengenai perkara itu (iaitu) kenapa asid sianurik hadir dalam makanan dan sama ada boleh diganti dengan bahan lain," tambahnya.

Mengenai susu dan bahan makanan yang diimport dari negara lain yang turut tercemar dengan bahan melamin, beliau berkata berkemungkinan makanan haiwan serta baja yang digunakan oleh negara itu diimport dari China dan terdedah dengan melamin dan asid sianurik.

SUCXes ditubuhkan pada 1999 hasil kerjasama antara Universiti Malaya (UM) dan syarikat analisis berteknologi tinggi antarabangsa, Shimadzu dan Fisher Scientific. Ia berperanan sebagai pusat latihan, perkhidmatan dan penyelidikan. - bernama

( Oleh Menaga Selvadurai )
Muhammad Ttuyup , Selasa, November 04, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog