2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bukan mati syahid

Ulama anggap perjuangan pengebom Bali sia-sia

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan pengebom Bali yang menjalani hukuman ditembak mati kelmarin, tidak boleh dikategorikan sebagai 'mati syahid' kerana mereka tidak berjuang mempertahankan agama.

"Sesiapa pun yang membunuh orang lain tidak mati syahid, kecuali berjuang dalam peperangan atas nama agama. Mereka bukannya berjuang untuk agama," kata Ketua MUI, Umar Shihab.

Sehingga ke saat akhir, Amrozi, Ali Ghufron atau Mukhlas dan Imam Samudra tidak menunjukkan sebarang berasa kesal atas apa yang berlaku ke atas mangsa 'kafir' mereka sambil mendakwa ingin 'mati syahid'.

Mereka mengimpikan satu wilayah pemerintahan khalifah di sebahagian besar kawasan di Asia Tenggara
Mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka pada 2003, yang dicabar sekurang-kurangnya empat kali, menyebabkan pelaksanaan hukuman itu tertangguh dan mendapat liputan meluas media.

Ratusan penyokong mereka bertempur seketika dengan polis apabila jenazah Mukhlas dan Amrozi yang dinamakan sebagai 'pembunuh tersenyum', tiba dengan helikopter di kampung mereka di Tenggulun di Jawa Timur, kelmarin.

Amrozi, abangnya, Mukhlas dan Imam Samudra menjalani hukuman mati ditembak sejurus selepas tengah malam kelmarin.

Pengebumian yang dilakukan di kampung halaman mereka bertukar menjadi perhimpunan dipenuhi laungan melancarkan perang jihad terhadap Barat, walaupun sebahagian besar penduduk Islam Indonesia bersikap sederhana.

Polis menahan sekurang-kurangnya dua penyokong pengebom berkenaan kerana mengancam untuk meletupkan bom, lapor laman web berita Detik.com.

"Sekurang-kurangnya dua orang ditahan di luar Jakarta. Mereka berkata, ancaman itu dilakukan kerana menentang pelaksanaan hukuman ke atas pengganas," kata Ketua Polis Jakarta.

Kedutaan Australia dan Amerika Syarikat serta beberapa hotel dan pusat beli-belah juga menerima ancaman bom. Australia, yang kehilangan 88 rakyatnya dalam serangan itu disusuli dengan kejadian pengeboman kereta pada 2004, memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak ke Indonesia sekiranya tidak perlu. - AFP
Adam MeRAH , Selasa, November 11, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog