2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Bau badan bantu cam identiti

WASHINGTON: Bau badan manusia mempunyai keunikan tersendiri seperti DNA dan ini mungkin membolehkannya digunakan untuk mengecam individu, kata saintis.

Penyelidik dari Pusat Monell membentangkan penemuan berhubung kaitan antara peri laku dan bahan kimia untuk mendedahkan bahawa bau badan asal masih tidak berubah walaupun seseorang itu mengubah diet.

"Kesimpulan itu berdasarkan ujian ke atas haiwan menyokong saranan bahawa bau badan ada 'cap bau' sama seperti cap jari atau sampel DNA.

"Bau berbeza kerana boleh dikesan menerusi bau haiwan atau bahan kimia," kata Profesor Gary Beauchamp, pakar biologi kelakuan di Monell dan salah seorang penulis kanan kajian berkenaan.


Mamalia seperti tikus dan manusia dikenal pasti mempunyai bau badan unik yang boleh dikenal pasti secara genetik dan dipanggil 'odourtype'.

Dianggap sebagai penanda identiti dari segi biologi bagi membantu membezakan individu yang lain, 'odourtype' adalah sebahagiannya oleh gen dalam kompleks kesesuaian histo secara besar-besaran (MHC). Gen sama juga terbabit dalam sistem kekebalan badan.

Maklumat odourtype dipindahkan menerusi cecair badan seperti peluh dan air kencing yang mengandungi pelbagai molekul kimia bawaan udara dikenali sebagai sebatian organik boleh berubah atau VOC.

Jenis makanan yang dimakan juga boleh mempengaruhi bau badan seseorang individu: bawang putih sebagai contoh boleh dikesan menerusi bau apabila dimakan dalam jumlah yang banyak.
Perubahan dalam pemakanan berpotensi menghalang pengesanan odourtype yang dikenal pasti secara genetik dan seterusnya menutupi identiti seseorang individu. Untuk merungkai persoalan ini, penyelidik menjalankan beberapa eksperimen mengenai kelakuan dan pengaruh kimia.

Dalam ujian kelakuan, tikus 'pengesan' dilatih menggunakan deria bau untuk memilih antara pasangan ujian dengan gen MHC.

Penganalisis kimia menggunakan instrumentasi untuk mengenal pasti barisan VOC dalam air kencing tikus yang mempunyai latar belakang MHC berbeza dan diberi makanan berlainan. - Agensi

Keputusan itu menunjukkan odourtype yang dikenal pasti secara genetik masih kekal walaupun mengambil diet berbeza, walaupun perubahan pemakanan mempengaruhi sebahagian besar profil bau tikus individu.

Perubahan dalam bahan diet tidak menghalang pengesanan odourtype tersembunyi menggunakan sama ada kaedah kelakuan atau kimia.

"Penemuan itu menunjukkan bahawa cap bau berdasarkan biologi seperti cap jari boleh menjadi cara diterima untuk mengenal pasti individu.

"Jika ini boleh ditunjukkan dalam kes manusia, ia membuka kemungkinan bahawa alatan itu boleh dibangunkan untuk mengesan cap bau individu dalam manusia," kata ketua penulis Profesor Jae Kwak, ahli kimia Monell.

Menurut Beauchamp, pendekatan sama digunakan untuk menyiasat perbezaan bau badan dikaitkan dengan penyakit.

Penyelidikan seperti itu menjurus kepada pembangunan pengesan elektronik bagi pengesanan awal dan diagnosis rawak gangguan seperti kanser kulit dan paru-paru serta sesetengah penyakit berkaitan virus. - Agensi
Muhammad Ttuyup , Rabu, November 05, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog