
BINTANG utama 'Sex and the City', (dari kiri) Kim Cattrall, Sarah Jessica Parker, Cynthia Nixon dan Kristin Davis.
Siri televisyen papar babak berahi antara faktor utama kehamilan usia muda
WASHINGTON: Hasil kajian terbaru memberi keputusan mengejutkan dengan mendakwa remaja perempuan yang banyak menonton siri televisyen termasuk siri kartun mengandungi banyak adegan berani dan seks, berisiko hingga dua kali ganda untuk mengandung di luar nikah.
Malah, remaja lelaki yang turut menonton siri televisyen seperti Sex And The City dan siri komedi, Friends, juga berkemungkinan besar terjerumus melakukan perhubungan seks yang menyebabkan teman wanitanya, hamil.
Kajian di kalangan 2,000 remaja Amerika Syarikat berusia 12 hingga 17 tahun adalah yang pertama mengaitkan kesan program televisyen popular dengan penontonnya.
"Antara masalah utama adalah program seperti ini mempopularkan seks dan jarang sekali memaparkan kesan akibat keterlanjurannya seperti hamil di luar nikah dan penyakit berpunca daripada seks," kata ketua penyelidik, Dr Anita Chandra yang juga saintis dengan RAND Corporation, sebuah badan bukan kerajaan.
"Ini termasuk siri kartun yang mengandungi bahan seks juga tidak terkecuali. Kandungan seks dalam siri televisyen meningkat berlipat kali ganda sejak beberapa tahun lalu, terutama ketika tempoh kajian ini. Kami menemui ada kaitan ketara antara bahan kandungan itu dengan penonton."
Dalam kajian terbaru yang disiarkan American Journal of Paediatrics, penyelidik menemu bual 2,003 remaja sebanyak tiga kali antara 2001 dan 2004 dan bertanya mengenai tabiat tontonan, kegiatan seks dan kehamilan.
Dalam temu bual terakhir, 718 orang mengakui aktif melakukan seks. Penyelidik menumpukan 23 program popular di kalangan remaja yang mengandungi banyak babak seks sama ada membabitkan aksi, dialog atau perbincangan mengenainya.
Mereka menamakan Friends dan Sex And The City, tetapi program lain yang membabitkan drama, komedi, program realiti dan animasi sebagai tidak terkecuali.
Seramai 25 peratus yang menonton rancangan yang sarat dengan aksi seks, menjadi hamil berbanding 12 peratus yang menonton program kurang 'panas.'
Kajian itu turut mendapati remaja yang tinggal bersama ibu bapa sukar hamil berbanding remaja yang mengalami masalah disiplin.
Di Britain, Ahli Parlimennya, Nadine Dorries berkata kajian sama perlu diadakan di negara itu bagi melihat kesannya.
"Ini disebabkan tahun lalu, kita menyaksikan remaja perempuan seawal 12 tahun menggugurkan kandungan. Malah, wujud kebimbangan mengenai implikasi faktor tertentu terhadap gejala hamil di bawah umur. Britain menjadi negara paling tinggi di Eropah yang mencatat kehamilan bawah umur yang tertinggi, jauh lebih tinggi berbanding di Amerika."
Kajian lalu menunjukkan remaja yang menonton televisyen dan video muzik yang sarat dengan kandungan lucah, mengamalkan kegiatan seks jauh lebih awal serta terdedah kepada risiko penyakit berjangkit berpunca daripada seks.
Malah, satu kajian menunjukkan kaitan antara perbuatan menonton program 'panas' di kaca televisyen dengan kehamilan remaja.- Agensi
Rabu, November 05, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Adegan seks TV pengaruhi remaja silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "