
KUALA LUMPUR: Bukan kerana putus asa, keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang sejak Januari (2008) lalu, kini berpindah ke kampung bapanya di Dungun, Terengganu.
Kunjungan Bernama ke rumah keluarga kanak-kanak itu di Taman Medan, Petaling Jaya, semalam, hampa apabila diberitahu jiran bahawa keluarga Sharlinie sudah berpindah ke Terengganu Ahad lalu.
Bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, ketika dihubungi berkata keputusan untuk berpindah bukan kerana ingin melupakan kisah pahit yang berlaku, sebaliknya untuk mencari kedamaian bagi memulakan kehidupan baru bagi keluarganya.
“Ketibaan Ramadan tahun ini terasa begitu sunyi tanpa kehadiran Sharlinie.
“Justeru kami mengambil keputusan untuk berpindah dan menyambut Ramadan dalam suasana kampung yang aman dan tenteram,” katanya.
Tekanan hidup dan kos sara diri yang tinggi di ibu kota juga antara punca beliau sekeluarga berpindah, katanya yang sedang mencari pekerjaan untuk menyara keluarganya di sana.
Beliau berkata, gelagat Sharlinie ketika bersama ke bazar Ramadan untuk mencari juadah berbuka puasa masih terbayang.
“Ibunya juga masih bersedih dan kedua-dua orang kakaknya kerap bertanya ‘bila Nini nak balik... boleh raya bersama’, dan ini benar-benar menambahkan kepedihan di hati,” katanya.
Mohd Nashar berkata, mereka sekeluarga kini menetap di rumah bapanya dan kedua-dua kakak Sharlinie, Nurul Amirah, 11 dan Sharliena, 8, akan mula bersekolah di sekolah baru di Dungun, hari ini.
“Perpindahan ini mungkin hanya sementara. Kami belum putuskan sama ada mahu menetap terus di sini atau kembali ke Kuala Lumpur,” tambahnya.
Ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 28, berkata sejak hari pertama anaknya hilang, keyakinan untuk menemui anak bongsunya itu tidak pernah luntur.
“Sempena Ramadan ini, kami sekeluarga amat mengharapkan kepulangan Sharlinie.” katanya.
Sharlinie hilang 9 Januari lalu di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka. - Bernama
Rabu, September 03, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Keluarga Sharlinie 'bawa hati' ke Dungun silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "