2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 7 April 2025   
@ 9 Syawal 1446H / 11:02 AM

20Rabu,Ogos

Bapa Nurin saman polis

Juga terkilan kes belum selesai

KUALA LUMPUR: Hari ini cukup setahun pemergian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin yang dibunuh dengan kejam sehingga mendapat perhatian dan simpati daripada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.

Mayat kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu yang disumbat dalam beg pakaian sukan ditemui di luar sebuah rumah kedai di PJS 1, Petaling Jaya. Kanak-kanak itu diculik dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen Satu, Wangsa Maju selepas pergi ke pasar malam berhampiran.


LEPAS RINDU: Jazimin bersama keluarga melihat album gambar Nurin di rumahnya, semalam.

Malangnya, sehingga saat ini, kes pembunuhan kejam itu masih belum selesai dan lebih memilukan hati dan perasaan keluarga kanak-kanak malang berkenaan ialah mereka masih terkilan dan kecewa apabila sebuah akhbar melaporkan bahawa polis mengkaji kemungkinan Nurin diculik peminjam wang haram, yang mengaitkan seolah-olah keluarga itu berurusan dengan along.

Ditambah pula gambar bedah siasat Nurin tersebar menerusi internet yang dikirim menggunakan e-mel.

Kini selepas menunggu setahun, keluarga Nurin mahu menuntut keadilan dan pembelaan. Hari ini, mereka akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap polis dan kerajaan.

Mereka menuntut pampasan, permohonan maaf terbuka dan penarikan balik laporan akhbar yang membayangkan keluarga itu berurusan dengan along. Mereka juga menuntut permohonan maaf terbuka dan pampasan terhadap pengedaran gambar bedah siasat kanak-kanak itu.

Ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman, semalam melahirkan kekecewaan atas apa yang berlaku.

"Bukankah kami cukup terseksa dengan kematian Nurin? Mengapa jadikan kami lebih menderita dengan mengedar gambar bedah siasat anak perempuan kami?" kata Jazimin. - bh
try , Rabu, Ogos 20, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog