Anda layak memohon pengeluaran simpanan ahli yang meninggal dunia sekiranya:
- Anda adalah penama ke atas simpanan KWSP ahli; atau
- Jika tiada penamaan, anda adalah pentadbir pusaka ahli/waris ahli yang terdekat.
- Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
- Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian.
- Status Warganegara Malaysia
- ATAU Bukan warganegara Malaysia
oMendapat taraf penduduk tetap.
(Bukan warganegara yang memilih mencarum pada dan selepas 1 Ogos 1998 adalah tidak layak mendapat bayaran bantuan kematian).
- Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP. (Ahli yang berbaki kredit '0' adalah tidak layak mendapat bayaran bantuan kematian.)
Simpanan Ahli Tanpa Penamaan
Bagi simpanan ahli yang tiada penamaan, orang yang layak memohon pengeluaran simpanan itu adalah mengikut keutamaan seperti berikut:
- Jika ahli telah berkahwin:
oBalu atau duda ahli;
oAnak-anak atau penjaga mereka;
oBapa dan/atau ibu ahli;
oAdik-beradik ahli;
o Sesiapa yang mengikut pandangan KWSP sebagai orang yang berhak menerima simpanan KWSP ahli.
- Jika ahli belum berkahwin:
oBapa dan/atau ibu ahli;
oAdik-beradik ahli;
o Sesiapa yang mengikut pandangan KWSP sebagai orang yang berhak menerima simpanan KWSP ahli.
Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP ahli yang meninggal dunia.
Lain-Lain
Sekiranya ahli pernah membuat Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli dengan mana-mana Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan sebelum ini, KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan tersebut apabila pengeluaran ini dibuat. Pengagihan amaun pelaburan kepada waris ahli akan diuruskan oleh pihak Institusi Pengurusan Dana (IPD) mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Lihat juga: Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
Dokumen / Butiran Palsu Untuk Pengeluaran
Hukuman yang akan dikenakan jika disabit kesalahan adalah:
- Penjara tidak melebihi 3 tahun; ATAU
- Dikenakan denda tidak melebihi RM10,000; ATAU
- Kedua-duanya sekali.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi:
- Mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran
- Pusat Pengurusan Panggilan Telefon KWSP di 03-89226000
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373
Kaedah Bayaran
Bagi ahli yang sudah membuat penamaan, bayaran sekaligus semua simpanan ahli akan dibuat kepada penama atau penama-penama.
Jika Sudah Membuat Penamaan
Jika Tiada/Belum Membuat Penamaan
Bagi ahli yang tidak / belum membuat penamaan, bayaran akan dibuat kepada waris terdekat ahli yang pada pendapat KWSP berhak menerima pusaka ahli tertakluk kepada jumlah simpanan ahli seperti berikut:
- Bagi simpanan ahli yang berjumlah RM2,500.00 atau kurang:
- Bagi simpanan ahli yang melebihi RM2,500.00 dan kurang daripada RM20,000.00:
- Baki semua simpanan ahli akan dibayar kepada waris terdekat ahli selepas tempoh dua bulan dari tarikh kematian ahli.
- Bagi simpanan ahli yang melebihi RM20,000.00
o Bayaran kedua tidak melebihi RM17,500.00 akan dibayar kepada waris terdekat ahli selepas dua bulan dari tarikh kematian ahli.
o Baki semua simpanan ahli akan dibayar kepada orang yang mengemukakan Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian.
Bagaimanapun, sekiranya Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian dikemukakan pada masa permohonan pengeluaran dibuat, bayaran akan dibuat kepada orang/pentadbir yang dilantik sahaja.
Bayaran Dalam Malaysia
Pengkreditan terus ke akaun bank pemohon atau penama dengan syarat:
- Akaun bank anda adalah dengan panel bank KWSP yang dilantik;
- Akaun bank anda masih aktif;
- Akaun bank anda ialah Akaun Simpanan/Semasa Jenis Persendirian atau Jenis Akaun Bersama Individu (hanya bagi jumlah pengeluaran melebihi RM100,000 sahaja);
- Sekiranya terdapat masalah pengkreditan ke dalam akaun bank anda, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank. Pembayaran adalah di dalam Ringgit Malaysia.
Lihat: Sistem Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank Ahli untuk maklumat terperinci mengenai bayaran terus ke akaun bank ahli dan senarai terkini panel bank KWSP.
Bayaran Luar Malaysia
Bayaran adalah melalui draf bank asing. Jenis matawang:
- Matawang negara di mana anda bermastautin berdasarkan alamat di dalam Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL); atau
- US Dollar sekiranya KWSP tidak boleh membayar dalam matawang negara seperti di atas; atau
- Ringgit Malaysia atas permohonan anda sendiri dengan kelulusan KWSP.
Pegawai Pengesah Dan Saksi Yang Diiktiraf
Permohonan Dari Dalam Malaysia
- Pegawai KWSP yang terdiri daripada:
o Pegawai yang bertugas di Kaunter KWSP
Permohonan Dari Luar Malaysia
- Kedutaan Malaysia; atau
- Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat Malaysia; atau
- Notari Awam.
Permohonan dari dalam Malaysia:
- Pegawai KWSP yang terdiri daripada:
o Pegawai yang bertugas di Kaunter KWSP
- Majikan Pemohon
- Penghulu/Penggawa
- Jaksa Pendamai
- Peguambela dan Peguamcara
- Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional
- Ahli Dewan Undangan Negeri
- Ahli Parlimen
- Pesuruhjaya Sumpah
Permohonan dari luar Malaysia:
- Kedutaan Malaysia; atau
- Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat Malaysia; atau
- Notari Awam.
Cara Memohon Simpanan Ahli Yang Tiada Penamaan
Permohonan boleh dihantar melalui serahan di kaunter atau melalui mel.
Waris terdekat ahli seperti balu/duda, anak, ibu atau bapa dan adik-beradik ahli boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan ahli yang telah meninggal dunia.
Melalui Kaunter
Pemohon hendaklah mengemukakan:
- Borang Pengeluaran KWSP 9 (KM), KWSP 10 dan KWSP 23 yang lengkap diisi
- Sijil Kematian ahli
- Dokumen Sokongan (asal dan salinan)
ATAU
o Kad Pengenalan Polis penama atau penama-penama dengan menurunkan kedua-dua cap ibu jari kiri dan kanan di atas salinan dokumen dan Surat Pengesahan Majikan menyatakan nombor polis dan nombor Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama
- Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (persendirian) atau Penyata Akaun Semasa (persendirian) yang masih aktif;
- Dokumen bukti pertalian di antara pemohon dengan ahli seperti Sijil Kelahiran Anak, Surat Nikah/Sijil Perkahwinan ahli, Sijil Kelahiran ahli atau Sijil Kelahiran Pemohon; dan
- Surat Kuasa Mentadbir/Surat Probet/Perintah Pembahagian jika pemohon adalah Pentadbir Pusaka yang dilantik (sekiranya simpanan ahli berjumlah melebihi RM 20,000.00 dan ke atas).
Jika ahli seorang yang beragama Islam, penama/pemohon adalah bertindak sebagai wasi/pentadbir simpanan itu sahaja. Mereka dinasihati supaya mentadbir dan membahagikan simpanan KWSP ahli mengikut Hukum Islam (Faraid).
Pemohon adalah dinasihati supaya berurusan sendiri dengan mana-mana pejabat KWSP dan tidak menggunakan khidmat pihak lain berhubung permohonan pengeluaran ini.
Melalui Mel
Anda dikehendaki mengemukakan Borang Pengeluaran KWSP 9 (KM) serta borang-borang lain yang berkenaan yang telah dilengkapkan, berserta salinan fotostat dokumen seperti yang disebutkan di atas dan disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan oleh KWSP.
Permohonan boleh diposkan ke:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Beg Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia.
Nota: Anda dikehendaki memberikan alamat yang lengkap di dalam Borang KWSP 9 (KM). Jika anda bertukar alamat selepas mengemukakan permohonan ini, sila maklumkan alamat terkini anda di pejabat KWSP yang berhampiran.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda membuat kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu bagi permohonan pengeluaran ini, anda adalah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan kesalahan anda boleh dikenakan denda RM10,000.00 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. (Seksyen 59, Akta KWSP 1991)
Cara Memohon Simpanan Ahli Yang Ada Penamaan
Permohonan boleh dihantar melalui serahan di kaunter atau melalui mel.
Orang yang dinamakan (penama) boleh memohon pengeluaran simpanan ahli dengan syarat penama telah mencapai umur 18 tahun. Bagi penama yang berumur di bawah 18 tahun, KWSP tidak boleh membuat apa-apa bayaran kepada orang yang dinamakan itu sehingga penama mencapai umur 18 tahun. Bagaimanapun, penjaga penama boleh memohon pengeluaran simpanan ahli bagi pihak penama untuk menyara penama itu tertakluk kepada budibicara KWSP.
Melalui Kaunter
Penama hendaklah mengemukakan:
- Borang Pengeluaran KWSP 9 (KM) yang lengkap diisi
- Sijil Kematian ahli
- Dokumen Sokongan (asal dan salinan)
ATAU
o Kad Pengenalan Polis penama atau penama-penama dengan menurunkan kedua-dua cap ibu jari kiri dan kanan di atas salinan dokumen dan Surat Pengesahan Majikan menyatakan nombor polis dan nombor Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama
- Buku Bank/Penyata Akaun Simpanan (persendirian) atau Penyata Akaun Semasa (persendirian) yang masih aktif.
- Borang Sokongan (yang mana berkenaan)
o Borang KWSP 22 bagi pemohon yang merupakan penjaga penama yang belum mencapai umur 18 tahun. Pemohon juga hendaklah mengemukakan salinan Sijil Kelahiran Penama.
o Laporan Perubatan menyatakan tahap kesihatan penama daripada mana-mana Pengamal Perubatan Berdaftar bagi pemohon yang merupakan penjaga kepada penama yang tidak berupaya dari segi kesihatan atau sempurna akal bagi mengurus dirinya.
Melalui Mel
Anda dikehendaki mengemukakan Borang Pengeluaran KWSP 9 (KM) yang telah dilengkapkan, borang sokongan (yang mana berkenaan) berserta salinan fotostat dokumen seperti yang disebutkan di atas dan disahkan oleh pegawai pengesah yang dibenarkan oleh KWSP.
Permohonan boleh diposkan ke:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Beg Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia.
Nota: Anda dikehendaki memberikan alamat yang lengkap di dalam Borang KWSP 9 (KM). Jika anda bertukar alamat selepas mengemukakan permohonan ini, sila maklumkan alamat terkini anda di pejabat KWSP yang berhampiran.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda membuat kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu bagi permohonan pengeluaran ini, anda adalah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan kesalahan anda boleh dikenakan denda RM10,000.00 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. (Seksyen 59, Akta KWSP 1991).
Khamis, Julai 03, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pengeluaran Kematian KWSP silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "