Ini kerana jika sahabat anda itu gagal melunaskan pinjamannya, pemberi pinjaman iaitu institusi kewangan akan mencari anda. Justeru, kita harus berhati-hati sebelum menurunkan tandatangan.Mempunyai lebih daripada seorang penjamin bagi sesuatu pinjaman itu juga tidak bermakna tanggungjawab anda menjadi lebih ringan.
Ini disebabkan liabiliti penjamin bersama tidak semestinya bermakna anda dan penjamin yang seorang lagi akan berkongsi beban yang sama.
Dalam kes tertentu, bank boleh mengutip semula hutang secara penuh atau sebahagian daripadanya daripada mana-mana penjamin.
Syarat menjadi penjamin
- Mesti berusia 18 tahun ke atas
- Tidak diisytiharkan muflis
- Mempunyai keupayaan fikiran dan mental bagi memahami tanggungjawab sebagai seorang penjamin
- Tidak dipaksa, dipengaruhi atau diancam untuk menjadi penjamin
Hak anda sebagai penjamin
- Dapatkan salinan surat jaminan atau kontrak dan mana-mana dokumen yang berkaitan dengan pinjaman itu
- Bertanya peguam sebelum menurunkan tandatangan
- Dapatkan maklumat mengenai pinjaman tertunggak orang yang meminta anda menjadi penjamin bagi pihaknya, tetapi dalam kes ini anda perlu meminta kebenaran daripadanya
- Anda boleh meminta peminjam membayar pinjaman bagi melepaskan anda daripada tanggungjawab sebagai penjaminMendapat ganti rugi daripada peminjam, sekiranya anda perlu membuat sebarang bayaran kepada bank yang memberi pinjaman
Perkara penting perlu diingat sebagai penjamin
- Baca dan faham tanggungjawab anda sebagai penjamin. Kebanyakan orang menjadi penjamin tanpa memahami kesan ke atas diri mereka
- Periksa dan pastikan jaminan itu tertakluk kepada undang-undang Malaysia, ada baiknya anda mendapatkan nasihat peguam
- Berhati-hati dengan individu yang inginkan salinan kad pengenalan anda. Jika mereka bukan bank atau peguam anda, jangan penuhi permintaan mereka
- Jangan menandatangani dokumen kosong atau sebahagian daripadanya adalah kosong. Juga jangan menandatangani sebarang dokumen, jika ia tidak ada kena mengena dengan kewangan anda
- Jangan menjadi penjamin, kecuali anda boleh mempercayai tahap keupayaan kewangan dan integriti peminjam
- Kadang-kala syarat pinjaman berubah, pastikan anda dimaklumkan mengenai perkara itu.
Selasa, Julai 22, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Panduan menjadi penjamin silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "