Ini susulan penyebaran satu lagi e-mel sedemikian yang meminta pelanggan Maybank memberikan maklumat penting menerusi program mengemaskini maklumat pemalsuan akaun bank.
E-mel yang disebar semalam itu meminta pengguna memasukkan kata nama dan kata kunci akaun perbankan dalam talian Maybank, Maybank2u.com atas alasan mengemas kini maklumat pelanggan bagi Julai.Ia meminta pelanggan masuk ke dalam URLhttps://www.maybank2u.com.my/services/onlineprotection?verification sebelum memasukkan maklumat yang dikehendaki.
Seorang jurucakap Maybank mengesahkan e-mel itu cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk menceroboh maklumat penting pelanggannya.
Beliau berkata, pelanggan Maybank perlu berhati-hati dengan e-mel mencurigakan sedemikian yang biasanya disebarkan atas tujuan mengemaskini maklumat pelanggan.
"Kami menegaskan bahawa bank tidak akan menghantar sebarang e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta pelanggan memberikan maklumat perbankan peribadi," katanya.
Jurucakap itu menasihatkan pelanggan supaya tidak melayari URL yang terkandung dalam e-mel berkenaan, sebaliknya menaip www.maybank2u.com jika mahu mengakses laman web perbankan dalam talian Maybank.
"Maybank sudah menghubungi pihak berkuasa berkaitan untuk mengambil tindakan ke atas laman web tidak bertanggungjawab itu," katanya.
Pada masa sama, katanya, bank akan terus menghantar notis peringatan dalam laman webnya mengenai pemalsuan itu dan pelanggan dinasihatkan supaya membacanya.
Beliau berkata, pelanggan yang sudah memberikan kata nama dan kata kunci ke dalam laman web palsu, perlu menukarnya dengan segera di www.maybank2u.com.Katanya, mereka juga perlu melaporkan cubaan menceroboh maklumat itu kepada Pusat Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688. - bh
Oleh Shahrizan Salian, (shahrizan@bharian.com.my)
Selasa, Julai 08, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Maybank dedah cubaan sindiket tipu pelanggan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "