PUTRAJAYA: Lebih separuh daripada 21 juta pengguna telefon bimbit di negara ini gemar menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau khidmat pesanan multimedia (MMS) sebagai medium untuk berkomunikasi.
Laporan Kaji Selidik Pengguna Telefon Bimbit (HPUS) 2007, menunjukkan peningkatan ketara penggunaan SMS dan MMS di kalangan pengguna telefon bimbit bagi tempoh empat tahun lalu.
Kaji selidik itu mendapati 50.4 peratus daripada 21 juta pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar lebih lima SMS atau MMS sehari pada tahun lalu, berbanding 46.1 peratus pada 2006, 41.8 peratus (2005) dan 31.7 peratus (2004).
Laporan kaji selidik oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang diumumkan baru-baru ini, dibuat berdasarkan maklum balas 4,925 responden yang dihubungi menerusi telefon bimbit secara rawak oleh 20 petugas Pusat Sistem Temubual Telefon Berkomputer (CATI) SKMM bermula 9 Jun hingga 25 Julai tahun lalu.
Kaji selidik berkenaan turut mendapati 66.5 peratus pengguna telefon bimbit masih kurang menyedari mengenai perkhidmatan perbankan bergerak dan 93 peratus tidak membuat pendaftaran dengan bank bagi tujuan itu.
Sebanyak 72.4 peratus daripada pengguna telefon bimbit yang mempunyai perkhidmatan perbankan bergerak menggunakan kemudahan itu untuk membayar bil manakala 34.5 peratus untuk perpindahan wang ke akaun pihak ketiga dan membeli nada dering serta permainan video bergerak.
Selain itu, golongan tidak berpendapatan adalah yang paling ramai menggunakan telefon bimbit di negara ini, jauh mengatasi mereka yang berpendapatan lebih RM5,000 sebulan dengan perbezaan peratusan di antara kumpulan tertinggi dan terendah itu mencecah 28 peratus.
Kaji selidik itu menunjukkan kumpulan pengguna terbesar itu mencakupi 31 peratus atau hampir 6.5 juta daripada 21 juta pengguna telefon bimbit di negara ini berbanding hanya tiga peratus atau 624,263 pengguna yang memperoleh pendapatan tinggi setiap bulan.
Mereka yang ditakrif sebagai tidak mempunyai pendapatan itu adalah pelajar, suri rumah, penganggur dan pesara.
Kumpulan pengguna kedua terbesar adalah mereka yang berpendapatan antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan iaitu 30.8 peratus atau 6.4 juta orang, diikuti kumpulan yang berpendapatan kurang RM1,000 sebulan, iaitu seramai 29.9 peratus atau 6.2 juta pengguna.
Kumpulan yang menerima pendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan pula mencakupi 1.1 juta orang atau 5.3 peratus daripada pengguna telefon bimbit di negara ini.
Laporan kaji selidik itu juga menunjukkan peningkatan bilangan pengguna telefon bimbit di kalangan praremaja dan remaja (berusia 19 tahun ke bawah) kepada 20.9 peratus atau 4.3 juta orang pada tahun lalu, berbanding 20.5 peratus pada 2006 dan 13.1 peratus pada 2005.
- Oleh Abdul Razak Raaff bhnews@bharian.com.my
- bh
Isnin, Julai 07, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Komunikasi yang paling diminati : SMS silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "