
Kereta yang menggunakan bateri yang perlu dicas tenaga elektrik selama enam jam di rumah itu mampu dipandu sejauh 320 kilometer. Kuasanya dapat bertahan sehingga 36 jam.
Kos untuk menggerakkan kereta itu hanya 18 sen sekilometer.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memandu uji kereta elektrik Lotus, model yang dikeluarkan oleh anak syarikat Proton di United Kingdom, berpuas hati dengan penggunaan teknologi baru itu yang langsung tidak menggunakan petrol.
Kereta itu sama saiz dan cirinya dengan model kereta biasa, tetapi enjinnya dipacu kuasa yang dibekalkan daripada sejenis bateri berteknologi tinggi.
Perdana Menteri memandu uji kereta itu di pekarangan bangunan Kementerian Kewangan di sini petang ini.
Menurut Abdullah, Proton telah dipertanggungjawabkan untuk menilai serta membangunkan teknologi Eropah itu dan seterusnya mengkomersialkannya di Malaysia dalam tempoh setahun ini.
Beliau berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikannya hari ini juga telah diberi taklimat mengenai teknologi baru automotif itu.
“Kami mahu ia disegerakan. Kosnya hanya 3.5 sen Euro (17.9 sen) sekilometer... ia amat menjimatkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Beliau memberitahu, kerajaan telah membenarkan Proton dengan kerjasama sebuah syarikat untuk membuat pengesahan keupayaan teknologi itu dari aspek teknikal.
“Jika semuanya memuaskan, dijangka tidak sampai setahun (kereta elektrik itu boleh dikomersialkan).
“Saya anggap ini satu langkah yang kreatif dan amat menepati kehendak waktu ini supaya kita terus mencari bahan tenaga baru dengan tidak hanya bergantung kepada petrol, diesel dan gas yang harganya melambung tinggi,” ujarnya.
Di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah, masa depan kereta elektrik yang mesra alam kini hebat dibincangkan terutama selepas kenaikan harga minyak di pasaran global.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut memandu uji kereta Lotus tersebut berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi turut menimbang langkah-langkah baru bagi mengurangkan beban rakyat, antaranya dengan memperkenalkan kereta elektrik.
“Kita perlu berfikir di luar kotak. Tentang kereta elektrik ini, kalau kita ambil kira kos dalam tempoh lima tahun, ia jauh lebih murah daripada kereta yang menggunakan petrol,'' katanya.
Najib menambah: “Ini teknologi baru, jika ia boleh dikomersialkan, kereta itu akan dikeluarkan secara besar-besaran.”
Tiga hari lalu, Perdana Menteri melancarkan teknologi hydrofuel iaitu bahan bakar alternatif semi hibrid petroleum dan hidrogen sebagai satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan harga minyak. - utusan
Selasa, Julai 22, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kereta elektrik Proton dijual tahun depan atasi kenaikan petrol silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "