2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 10:57 PM

5Sabtu,Julai

Hubungan seksual elak mati pucuk

Lelaki perlu kerap berasmara untuk terus 'kuat'

WASHINGTON: Kekerapan melakukan hubungan seks boleh mengurangkan risiko mati pucuk di kalangan lelaki, menurut satu kajian oleh penyelidik yang melakukan kaji selidik terhadap 989 lelaki antara usia 55 dan 75 tahun dari daerah Pirkanmaa, Finland.

Responden terbabit tidak mengalami sebarang masalah mati pucuk pada awal kajian dilakukan yang meliputi tempoh lima tahun, menurut laporan.
Mereka mendapati, lelaki yang melakukan hubungan seks tidak sampai sekali seminggu ada kemungkinan dua kali ganda menderita mati pucuk, kata kajian itu yang disiarkan oleh majalah Jurnal Perubatan Amerika pada bulan ini.
Daripada 1,000 kes mati pucuk, 79 daripadanya mencatatkan lelaki yang melakukan hubungan seks tidak sampai sekali seminggu.

Bagaimanapun, angka berkenaan menurun kepada 32 kes dalam 1,000 lelaki yang melakukan hubungan seks sekali seminggu.

Angka itu terus menurun kepada 16 bagi 1,000 lelaki yang melaporkan melakukan hubungan asmara tiga kali atau lebih seminggu.

Selain itu, kadar kekerapan ketegangan organ seks lelaki pada waktu pagi turut memberi petanda awal kepada kemungkinan mereka mati pucuk sepenuhnya mati pucuk.

Kajian mendapati, lelaki menghadapi risiko 2.5 kali ganda untuk mati pucuk jika mereka berasa tidak sampai sekali ketegangan pada waktu pagi dalam tempoh seminggu berbanding lelaki yang mengalami dua hingga tiga kali ketegangan.

"Kekerapan melakukan hubungan seks memainkan peranan penting dalam mengekalkan keupayaan di kalangan lelaki tua, yang menyaksikan ketegangan pada waktu pagi tidak menunjukkan kesan serupa.

"Rumusannya, aktiviti seksual secara berterusan mengurangkan kes mati pucuk di kalangan lelaki," kata Juha Koskimaki dari Hospital Universiti Tampere, Jabatan Urologi, di Tampere, Finland.

Kajian menunjukkan, kekerapan melakukan hubungan seks melindungi lelaki daripada mengalami masalah mati pucuk.

Masalah mati pucuk atau erectile dysfunction mengikut bahasa perubatan merujuk kepada ketidakupayaan lelaki mengekalkan ketegangan organ seks hingga mencapai kemuncak syahwat.

Masalah berkenaan dipercayai membabitkan sehingga 50 peratus lelaki berusia 40 hingga 70 tahun. - Agensi

bh
try , Sabtu, Julai 05, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog