2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 7:36 AM

22Selasa,Julai

Buah Kiwi :: Penjana nutrisi

Hidangan dua biji kiwi sehari memberikan anda dua kali ganda vitamin C berbanding dua biji oren, potasium menyamai sebiji pisang dan serat bersamaan semangkuk bijirin.

SEPANJANG kerjayanya sebagai pensyarah dan penyelidik di Universiti Teknologi Auckland (AUT), New Zealand, fokus kajian beliau lebih bertumpu pada bidang kesihatan dan pendidikan.

Pakar nutrisi dari Fakulti Kesihatan dan Sains Alam Sekitar, Profesor Elaine Rush juga cukup mahir dalam kajian yang membabitkan sukatan kandungan tubuh, penggunaan tenaga, aktiviti fizikal, nutrisi dan faktor-faktor risiko penyakit.

Pernah berkhidmat sebagai perunding di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dalam Nutrisi dan Kesihatan, beliau turut menyelidik dan mencari jawapan berhubung perbezaan etnik di negara kiwi itu.

Projek-projek kajian beliau yang lain merangkumi strategi pencegahan diabetes, kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak daripada ibu yang menghidap diabetes gestasi.

Rush juga menyedari Actinidia deliciosa iaitu sejenis buah yang ditanam sejak abad ke-20 di negaranya memiliki reputasi yang begitu tinggi dalam memperkenalkan New Zealand ke seluruh dunia.

Selain pasukan ragbi All Blacks dan pokok paku-pakis, kiwi turut tersenarai sebagai ikon negara yang terletak di Kepulauan Pasifik itu.

Justeru, Rush dan rakan-rakannya melakukan penyelidikan saintifik yang mendalam mengenai kebaikan kiwi yang tergolong dalam keluarga beri ini.

"Saya dan pasukan penyelidik telah melakukan tiga kajian iaitu keberkesanan julap kiwi, pakej perubahan gaya hidup untuk menstabilkan asid deoksiribonukleik (DNA) dan kesan jangka panjang.

"Untuk kajian yang pertama, seramai 38 warga emas yang berusia lebih 60 tahun diberi diet normal, dengan atau tanpa kiwi selama tiga minggu. Hasilnya agak mengejutkan kerana buah ini bertindak seperti julap.

"Najis mereka lebih banyak, lembut dan penghasilannya juga lebih kerap," katanya pada satu sidang akhbar kepada delegasi dari Malaysia di sebuah hotel di Auckland, baru-baru ini.

Delegasi itu terdiri daripada wakil media, pengimport dan peruncit kiwi. Lawatan itu dianjurkan Zespri International Limited New Zealand, pengeksport kiwi terbesar dunia.

Kajian ini bagaimanapun hanya membabitkan kiwi berwarna hijau. Hasil penemuan Rush berhubung kebaikan kiwi Zespri disiarkan dalam Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition.

Kiwi atau lebih dikenali sebagai gooseberi cina, merupakan sejenis buah yang berwarna coklat kehijauan sebesar telur ayam.

Ia terbahagi kepada dua jenis. Kiwi yang mempunyai isi berwarna hijau dengan bulu-bulu halus pada kulitnya memiliki rasa masam manis seperti strawberi. Sementara kiwi yang isinya berwarna kuning keemasan mempunyai kulit yang licin.

Berbeza dengan kiwi hijau, rasanya agak manis. Butiran biji kiwi berwarna hitam yang terdapat di bahagian tengah isinya pula sama seperti biji popi.

Menurut Rush, peningkatan usia banyak menyumbang kepada tahap kesihatan seseorang.

"Pada peringkat ini, apabila tenaga kurang diperlukan bermakna kita juga akan kurang makan. Namun kita masih memerlukan makanan yang berkualiti meskipun kuantitinya sedikit."

Kurang makan sering menyebabkan ramai warga emas berdepan masalah sembelit. "Kemurungan, masalah kesihatan dan ubat-ubatan turut memberi kesan terhadap diet dan pengambilan zat yang diperlukan."

Beliau menambah, kiwi memberi kesan yang ketara dalam mengumuhkan bahan-bahan buangan dan produk-produk sampingan yang tidak diperlukan oleh sistem penghadaman.
Secara tidak langsung, ia membantu tubuh mengumuhkan toksin dan karsinogen, sekali gus mengekalkan kesihatan sistem penghadaman.

"Kami percaya kesan ini disebabkan kandungan air yang terdapat di dalam buah kiwi.

"Malah seratnya juga membantu memperbaiki pergerakan di sepanjang saluran gastrousus," jelasnya.

Selain warga emas, Rush mendedahkan ramai ibu atau bakal ibu berdepan masalah yang sama.

"Gangguan pada sistem pembuangan air besar dan sembelit adalah antara masalah lazim yang dialami oleh wanita hamil.

"Ada beberapa faktor yang mengundang kepada masalah ini termasuk perubahan hormon, kedudukan janin dan yang paling lazim ialah kekurangan serat dan cecair di samping perubahan pada diet," jelasnya.

Bagaimana mereka berdepan dengan masalah ini tanpa sebarang komplikasi?

"Wanita hamil yang sering menghadapi masalah sembelit disaran makan kiwi dalam kuantiti yang sederhana," kata Rush.

Ini kerana semasa tempoh kehamilan, ibu-ibu perlu meminimumkan pengambilan ubat-ubatan. Sebaliknya, pengambilan julap merupakan jalan pintas untuk menangani sembelit yang boleh meningkatkan kehilangan kalsium, potasium dan lemak penting.

Kajian Rush selama lebih satu setengah tahun di kalangan mereka yang makan kiwi mendapati paras lemak dalam darah, kolesterol dan trigliserid mencatatkan penurunan.

"Gabungan perubahan gaya hidup dan kiwi sebagai diet terpenting menyumbang kepada penurunan ini.

"Malah sel-sel darah putih mereka lebih stabil dan pulih lebih pantas," ujarnya. Rush memberitahu, kiwi juga boleh dimakan oleh kanak-kanak yang berusia seawal dua tahun.

Analisis ke atas kiwi dan kesannya memberi keputusan yang mengejutkan iaitu ia dapat menjauhkan pengambilnya daripada kanser dan membantu mengurangkan kepekatan darah.


Kelebihan lain termasuklah kandungan vitamin C yang dua kali ganda lebih tinggi berbanding oren, sumber vitamin E, magnesium, potasium dan asid folik khusus untuk wanita hamil.

"Kandungan vitamin C kiwi mampu merangsang sistem imun selain bertindak sebagai antioksida, menggalakkan proses penyembuhan luka dan menyerap zat besi," jelas Rush.

Analisis terhadap 27 jenis makanan yang popular masih mengekalkan kiwi sebagai sumber magnesium terbaik. Magnesium membantu pembentukan tulang, protein dan metabolisme serta meningkatkan fungsi sistem saraf pusat.

Kulit kiwi pula adalah sumber terbaik antioksidan flavonoid. Ia mengandungi asid linolenik alfa iaitu lemak asid omega-3. Kiwi bersaiz sederhana mengandungi 46 kalori, 0.3 gram lemak, 1 gm protein, 11 gm karbohidrat, 75 mg vitamin dan 2.6 diet serat.


"Paling istimewa tentang kiwi Zespri ialah ia mudah dimakan, lazat dan versatil. Malah ia adalah snek yang sempurna - memadai dengan makan sepotong, satu skup atau sebiji kiwi.

"Ia sesuai dimakan pada bila-bila masa, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Banyak pilihan yang boleh dilakukan untuk menikmati buah kiwi.

"Kisar dan jadikannya minuman paling lazat dan berkhasiat," ujar Rush yang menambah, kiwi boleh dipelbagaikan pengambilannya mengikut cita rasa masing-masing. - Kosmo!
try , Selasa, Julai 22, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog