Bill Gates telah mengubah dunia pengkomputeran dan sekali gus dunia maklumat. Syarikat yang diasaskannya bersama Paul Allen pada tahun 1975 telah mendefinisikan industri perisian. Perisian 'Windows' dalam segala bentuk variasinya yang dibuat oleh syarikat Microsoft kini merupakan sistem pengendalian (operating system) yang digunakan oleh lebih 90 peratus daripada satu bilion komputer peribadi di dunia hari ini. Windows juga digunakan dalam peralatan tercanggih seperti komputer mini dan PDA. Sistem pengendalian syarikat itu menjadi semacam monopoli dalam industri komputer lalu menimbulkan pelbagai dakwaan undang-undang anti-trust baik di Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).
Apa yang penting ialah Microsoft telah memudahkan cara manusia berkomputer serta mendemokrasikan budaya berkomputer yang selama ini bertolak dari peralatan yang sukar dan tidak 'user-friendly'. Beliau menyedari perlunya kos pengkomputeran diturunkan pada paras serendah mungkin. Mungkin kadar untungnya kecil tetapi jumlah penggunaannya besar. Beliau juga memisahkan antara perkakasan dan perisian, dua elemen yang menurut beliau lebih baik dibentuk secara berasingan. Oleh sebab itu Windows boleh digunakan sebagai sistem pengendalian apa saja jenama komputer peribadi.
Bagaimanapun syarikat Microsoft yang diasaskannya kini menggaji lebih 900,000 pekerja di seluruh dunia dan dengan pendapatan melebihi RM160 bilion setahun. Jumlah itu, berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih besar daripada banyak negara di dunia. Malah, pendapatan Microsoft dalam setahun merupakan sepertiga daripada jumlah yang diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Keuntungan syarikat itu tahun lalu saja melebihi RM57.6 bilion, melebihi nilai kekayaan terkumpul semua pemilik syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.Apa yang lebih penting ialah kekayaan yang memungkinkan Bill Gates menjadi orang paling kaya di dunia sehingga tahun lalu. Hari ini nilai peribadi beliau dikatakan lebih sedikit RM163 bilion. Pada tahun 1999, nilai beliau ialah RM320 bilion. Ini berdasarkan 1,031,555,600 sahamnya dalam syarikat Microsoft yang tiap satunya bernilai RM315.2 apabila Indeks Dow Jones mencecah 10,000 mata. Pada waktu itu Bill Gates menambah RM14 juta setiap jam pada kekayaannya. Kekayaannya melebihi KDNK semua negara di benua Afrika tidak termasuk Afrika Selatan.
Kita harus ingat dalam 15 tahun kebelakangan ini, daripada 10 orang yang dianggap terkaya di dunia, enam orang merupakan mereka yang terbabit dalam teknologi maklumat. Apabila syarikat carian Google disenaraikan, modal pasarannya mencecah RM456 bilion. Dengan penyenaraian itu, telah lahir lima billionaire dan lebih 1,000 jutawan. Hari ini juga tiga pemain terbesar di internet - Amazon.com, e-Bay dan Google menulis semula hukum-hakam dunia siber. Amazon mempunyai 49 juta pengguna, syarikat lelongan e-Bay mencatatkan jualan melebihi RM155 bilion tahun lalu dan Google merupakan enjin carian yang terbesar masa ini.
Memang hari ini Microsoft menjual 75 barangan, kebanyakannya membabitkan perisian, banyak pula dalam pelbagai variasi, menjadikannya juara dalam bidang itu. Bill Gates telah mencapai sasarannya untuk memastikan bahawa 'setiap meja di setiap rumah' akan diletakkan sebuah komputer. Tetapi 33 tahun telah mengubah landskap dunia pengkomputeran dan pemain di dunia siber. Hari ini Microsoft tidak boleh bertahan dengan hanya perisian Windows saja. Teknologi memungkinkan kecanggihan baru yang sekarang ini mencabar keunggulan Windows. Rangkaian broadband yang lebih murah dan akses tanpa wayar yang canggih mengubah dunia dagang, komunikasi dan hiburan.
Apakah yang akan dilakukan oleh beliau selepas ini? Khabarnya beliau akan memberikan tumpuan sepenuh masa pada Yayasan Bill dan Melinda Gates, yang terbabit dalam kerja-kerja kedermawanan. Yayasan ini merupakan yayasan yang mempunyai modal yang terbesar di dunia - RM88 bilion. Ia mengalahkan Lily Endowment Inc (RM46.2 bilion), Yayasan Ford (RM38.8 bilion) dan Yayasan Robert Wood Johnson (RM32.1 bilion).
Sumbangan Yayasan ini baik di India atau benua Afrika akan dapat mengubah kehidupan banyak manusia. Sayugia diingat satu daripada lima penduduk dunia atau 800 juta manusia berada dalam kelaparan. Seorang daripada lima manusia hidup dengan hanya RM3.20 sehari. Penyakit menyebabkan banyak manusia menderita. Lebih 30 juta manusia di benua Afrika dijangkiti HIV. Semua ini memerlukan perhatian. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan negara-negara terbabit dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mencuba menyelesaikan sekian banyak masalah dunia. Tetapi, dermawan seperti Bill Gates boleh membantu meringankan beban kemanusiaan.
Mungkin penyakit seperti malaria dan tibi merupakan penyakit orang miskin yang tidak akan membawa pulangan besar pada syarikat farmaseutikal. Orang miskin tidak mampu membeli ubat mengawal HIV, malaria dan tibi. Lagipun, kebuluran, kepapaan melampau dan penyakit tidak menarik perhatian media. Bagi orang seperti Bill Gates, usaha kedermawanannya ialah untuk memulangkan kembali sebahagian kekayaannya untuk tujuan kemanusiaan. Beliau telah mengubah teknologi maklumat. Kini beliau mahu mengubah kehidupan manusia yang tidak bernasib baik. - bh
Isnin, Julai 07, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Berakhirnya era Bill Gates di Microsoft silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "