Keputusan Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) itu bagaimanapun hanya membabitkan pembelian minyak, manakala urus niaga di kedai runcit stesen minyak masih menerima kad kredit.
Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pandangan semua 3,500 ahli persatuan yang terpaksa menanggung beban akibat peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank.- BH (Oleh Nahar Tajri)
Beliau memberi contoh bagi setiap liter diesel yang dijual, pengusaha hanya memperoleh keuntungan 4.5 sen tetapi terpaksa menanggung caj bank sebanyak 2.58 sen.
"Selepas ditolak kos pengewapan sebanyak 1.29 sen, pengusaha hanya mendapat 0.63 sen yang juga akan ditolak sewa lesen cukai operasi (OLF) dengan kadar yang lebih dari itu. Kadar minimum sewa OLF yang dikenakan adalah 0.63 sen.
"Ini tidak termasuk gaji pekerja, penyelenggaraan serta kos lain yang menyebabkan kami terpaksa menanggung kerugian," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Abdul Wahid berkata, walaupun kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menaikkan komisen jualan minyak, ia belum dilaksanakan dan pengusaha masih terus menanggung beban kos operasi yang merugikan.
"Oleh itu, selepas mencapai persetujuan bersama, kami putuskan semua urus niaga menggunakan kad kredit dihentikan sehingga kerajaan menaikkan komisen jualan ke tahap yang munasabah dan mampu membantu kami untuk mengatasi kerugian selama ini," katanya.
PDAM sebelum ini menuntut kerajaan menaikkan komisen jualan minyak daripada tiga peratus yang dinikmati sekarang kepada enam peratus.
Kelmarin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, dilaporkan berkata kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk menaikkan komisen jualan minyak seperti dituntut oleh PDAM.
Beliau berkata, kerajaan akan berusaha memenuhi tuntutan PDAM secepat mungkin kerana ia mempunyai kewajaran akibat beban kos operasi yang semakin meningkat.
Selasa, Jun 24, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Urus niaga beli minyak guna kad kredit dihenti silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "