2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Masakan India ada banyak lemak tepu

LONDON: Hidangan India yang dibawa balik sebenarnya mengandungi lebih banyak lemak tepu berbanding apa yang perlu dimakan oleh wanita sehari.

Hidangan kegemaran negara itu, ayam 'tikka masala', dengan nasi pilau dan nan biasa, mengandungi purata 1,338 kalori dan wanita perlu mengayuh basikal lebih lima jam untuk membakar lemak.

Sementara itu, makanan Cina pula termasuk ayam masam manis bersamaan dengan 19 sudu teh gula.

Perangkaan yang mengganggu itu didedahkan oleh kumpulan pengguna, Which?, yang menggesa lebih banyak maklumat perlu diberikan mengenai apa yang terkandung dalam hidangan yang dibawa balik.

Pada masa sama, Agensi Piawaian Makanan Kerajaan, berkata sudah tiba masanya restoran mengikuti contoh pasar raya dan mencetak maklumat pemakanan pada menu.
Which? mendapati purata lemak tepu dalam hidangan ayam tikka masala yang dibawa balik, nasi pilau dan roti nan biasa dicatatkan pada 23.2 gram, sedangkan pengambilan maksimum yang dicadangkan bagi wanita ialah 20 gram dan 30 gram bagi lelaki.
Makanan sama mengandungi 3.6 gram garam, manakala pengambilan maksimum sehari bagi orang dewasa adalah enam gram. Lebih memeranjatkan ialah, roti nan mengandungi lebih kalori berbanding kari yang menggunakan banyak minyak.

Penyelidik mendapati hidangan sama versi pasar raya mencatatkan 45 peratus kurang lemak tepu dan kurang gula. Dalam makanan China yang dibawa balik seperti ayam masam manis dan nasi goreng telur, ada 62.3 gram gula bersamaan dengan 19 sudu teh.

Had pengambilan gula sehari bagi wanita cuma 90 gram dan 120 gram bagi lelaki. Sekali lagi, versi pasar raya dianggap lebih menyihatkan.

Pengarah majalah Which?, Neil Fowler, berkata: "Semua orang boleh menikmati hidangan sambil menonton bola sepak atau filem, tetapi kami mahu mereka menyedari berapa banyak pengambilan makanan yang sepatutnya sehari ada dalam cuma satu hidangan." - Agensi

bh
try , Jumaat, Jun 27, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog