2+4 hrs...Twogether Fourever

/

IQ rendah petanda akan nyanyuk

LONDON: Seseorang yang memiliki tahap kecerdikan (IQ) rendah ketika zaman kanak-kanak mempunyai risiko sehingga 40 peratus untuk nyanyuk ketika tua, dakwa saintis Britain.

Kajian sebelum ini di Amerika Syarikat mengaitkan risiko seseorang menghidap nyanyuk lebih tinggi jika ibu bapanya mengalami masalah berkenaan.

Akhbar Daily Telegraph melaporkan semalam, dalam kajian terbaru pula, saintis Universiti Edinburgh menemui kaitan tahap IQ rendah dengan sejenis penyakit 'dementia' atau nyanyuk yang sememangnya ditakuti ramai.
Mereka mendakwa, usaha merendahkan faktor risiko seperti tekanan darah tinggi dan tidak merokok, boleh mengurangkan kemungkinan mengalami nyanyuk.
Paling penting, hasil penemuan itu dikatakan dapat membantu saintis lebih memahami punca sebenar nyanyuk yang dihidapi lebih 100,000 penduduk Britain.

"Kami meneliti rekod kesihatan 173 orang yang menjalani beberapa siri ujian kecekapan mental pada 1932. Ia membabitkan semua kanak-kanak berusia 11 tahun di Scotland di bawah laporan dikenali Tinjauan Mental Rakyat Scotland.

"Apa yang kami dapati, ada faktor yang boleh mengesahkan kaitan antara keupayaan mental pada peringkat awal kehidupan dengan risiko mengalami sejenis penyakit nyanyuk 'vascular dementia' pada usia tua," kata ketua penyelidik, Dr Brian McGurn.

Katanya, antara faktor terbabit termasuk status sosio-ekonomi serta tahap pendidikan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Amanah Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood mengalu-alukan hasil keputusan kajian itu yang disifatkan sebagai amat penting bagi menangani masalah nyanyuk.

"Jika kita menjalani kehidupan lebih sihat dan mengurangkan faktor risiko tekanan darah tinggi, paras kolesterol dan tidak merokok, ia pasti memberi peluang lebih baik untuk mengelak nyanyuk."

Katanya, di Britain, seorang bagi setiap tiga orang yang hidup melebihi 65 tahun akan mati kerana menghidap nyanyuk.

Malah, bilangan penduduk Britain yang diramal mengalami nyanyuk akan mencecah 1.7 juta orang menjelang 2051.

Hasil kajian terbaru itu diumumkan ketika aktivis mendakwa penghidap dementia dan keluarga mereka dikenakan cukai tertentu apabila menggunakan kemudahan kesihatan berkaitan.

Persatuan Alzheimer Britain menyifatkan tindakan itu sebagai satu diskriminasi dan tidak adil apabila pesakit dipaksa membayar cukai disebabkan keadaan kesihatan mereka.

Ia jelas bertentangan dengan pendekatan dinikmati pesakit barah dan jantung yang tidak diminta membayar kos rawatan kimoterapi atau pun pembedahan.

Malah persatuan itu mendakwa keluarga penghidap nyanyuk terpaksa membayar £3 bilion - £4 bilion (RM21b - RM28 b) setahun bagi penjagaan mereka di rumah jagaan khas. - Agensi

bh
try , Jumaat, Jun 27, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog