/

Lima Lagi Ubat Tradisional Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

KUALA LUMPUR, 21 Jun - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan lima produk tradisional kerana didapati mengandungi racun berjadual analog sildenafil yang boleh memberi kesan sampingan kepada pengguna.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, kementerian Kesihatan, Datuk Che Mohd Zin Che Awang berkata empat daripada produk itu dikeluarkan oleh Maxi Herbs Sdn Bhd iaitu ML Spring Returns, ML Viraken capsule, Epimedi Plus capsule 400mg dan Tibulus Plus capsule 400mg.

"Satu lagi produk ialah produk Primax yang dikeluarkan oleh Le Fa medical Supplies (M) Sdn Bhd," katanya dalam kenyataan di sini.

Berikutan dengan penemuan itu, katanya Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah membatalkan pendaftaran produk itu kerana penggunaan sildenafil serta analog slidenafil tidak dibenarkan dalam ubat tradisional.
Katanya pengambilan ubat itu tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular yang lain.
"Sesiapa yang masih mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaanya dengan serta-merta," katanya.

Che Mohd Zin berkata penjualan produk itu adalah menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Jika sabit kesalahan penjual boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama, katanya.

Selain itu, katanya, syarikat yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. - Bernama
try , Sabtu, Jun 21, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog