2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Suspek rogol penculik Sharlinie?

KUALA LUMPUR 8 April – Siasatan kes bunuh Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin dan penculikan Sharlinie Mohd. Nashar yang seolah-olah menemui jalan buntu memasuki lembaran baru dengan seorang suspek kini sedang disiasat oleh polis.

Suspek berkenaan, seorang lelaki 30 tahun ditahan semalam ketika cuba merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di dalam lif di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Lelaki berkenaan ditahan reman sehingga Jumaat ini setelah polis mendapat perintah mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sedang menyiasat penglibatan lelaki berkenaan dalam beberapa kes penculikan kanak-kanak Nurin Jazlin dan Sharlinie.

Beliau memberitahu, pihaknya akan memeriksa rumah suspek untuk mencari bahan bukti yang boleh dikaitkan dengan kes Nurin Jazlin dan Sharlinie.

Siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod lampau menyebabkan kecederaan dalam satu kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 9 Januari lalu, Sharlinie diculik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.

Lima bulan sebelum kejadian itu, Nurin Jazlin hilang selepas keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Walaupun mendapat liputan meluas media dan usaha besar-besaran digerakkan untuk mencarinya, Nurin Jazlin tidak dapat dikesan.

Selepas 27 hari kehilangannya, pada 17 September lalu polis menemui mayat Nurin Jazlin dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di hadapan tangga sebuah rumah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Jaya.

Sebelum ini, polis menubuhkan satu pasukan khas Ibu Pejabat Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor bagi memburu suspek kedua-dua kes berkenaan.

Mengenai siasatan awal polis ke atas lelaki yang ditahan itu, Arjunaidi menegaskan, terlalu awal untuk mendedahkan sebarang maklumat berkaitan pada masa ini. - utusan [ Oleh UMAVATHI RAMAYAH ]
try , Rabu, April 09, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog