2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Misi cabar kejuruteraan moden

KAWASAN kompleks mega Burj Dubai yang menempatkan bangunan tertinggi dunia kini berada pada peringkat akhir pembinaannya.

Padang pasir yang gersang di Arab Saudi bakal menjadi tumpuan dunia apabila seorang bilionair merancang untuk membina sebuah menara setinggi 1,600 meter sekali gus memecahkan rekod sebagai menara paling tinggi di dunia.

Rancangan tersebut didedahkan oleh seorang kerabat diraja Arab Saudi, Putera al-Walid bin Talal yang juga merupakan pemilik Hotel Savoy di Britain.

Projek berharga £5 bilion (RM31.65 bilion) itu dirancang dibina untuk sebuah bandar baru berhampiran pelabuhan Laut Merah di Jeddah.

Menara yang direka bentuk oleh dua syarikat perunding kejuruteraan Britain itu mempunyai ketinggian hampir dua kali ganda daripada beberapa pencakar langit tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, beberapa pakar berpendapat menara tertinggi di dunia yang dirancang dibina di Arab Saudi itu bakal mencabar kejuruteraan manusia.

PUTERA al-Walid bin Talal bersama isterinya, Puteri Ameera.

Helikopter terpaksa digunakan untuk mengangkat sebahagian besar bahan binaan dan ia juga digunakan untuk membawa pekerja.

Menara itu juga mesti kukuh daripada tiupan angin yang kuat dan mampu menampung cuaca ekstrem yang sering berubah-ubah di padang pasir.

Suhu di padang pasir pada waktu siang hampir mencecah takat didih tetapi pada waktu malam suhu pula menurun hampir ke takat beku.

Bangunan itu juga dilengkapi dengan pengimbang kawalan berkomputer bagi mengelakkan ia bergoyang yang boleh mengakibatkan penghuninya mengalami sakit seperti mabuk laut.

Sebanyak dua menara mini yang mempunyai ketinggian melebihi 235 meter juga akan dibina di kedua-dua belah menara utama tersebut.

Dua menara mini itu akan dihubungkan dengan jejantas pejalan kaki dan ia juga berfungsi sebagai satu sauh dan pengimbal.

Sekiranya projek itu yang masih belum diketahui tarikh pembinaannya menjadi kenyataan, ia bakal mengatasi ketinggian beberapa menara tertinggi dunia yang sedang dalam perancangan atau masih dalam pembinaan.

Amerika Syarikat (AS) merancang membina sebuah menara setinggi 700 meter yang dinamakan Freedom Tower di New York.

Menara itu dirancang dibina di tapak bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York yang musnah akibat serangan pengganas pada 2001.

Sehingga kini Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bakal menjadi bangunan tertinggi dunia apabila ia siap pada 2009.

Menara Bruj Dubai mula dibina pada 21 September 2004 dan projek itu menelan belanja AS$4.1 billion (RM13.4 bilion).

Pelan bangunan itu telah diubah beberapa kali untuk menjadikan ia lebih tinggi dan dalam versi terakhir menara itu bakal mencapai ketinggian 701 meter serta mempunyai 160 tingkat.

Sebelum ini ketinggian akhir menara itu dirahsiakan untuk mengelakkan persaingan daripada beberapa bangunan pencakar langit lain yang sedang dibina atau dicadangkan.

Kerajaan Kuwait juga merancang untuk membina sebuah menara setinggi 1,001 meter di sebuah bandar moden yang dirancang dibina di Subiya.

Menara yang dinamakan sebagai Mubarak al-Kabir itu direka bentuk oleh sebuah firma di Britain dan projek itu dijangka mengambil masa 25 tahun untuk disiapkan. - Agensi
try , Rabu, April 02, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog