2+4 hrs...Twogether Fourever

/

25 jam dalam sehari

Penyelidik ramal waktu berubah kerana putaran bumi makin perlahan

BERLIN: Sekumpulan penyelidik Barat mendakwa tempoh 24 jam sehari berkemungkinan menjadi 25 jam pada masa depan berikutan waktu siang yang kian panjang akibat kadar putaran bumi yang makin perlahan.

Akhbar Jerman Suddeutsche Zeitung memetik edisi terbaru Journal For The History of Astronomy melaporkan, bagi kebanyakan kita, masa siang yang panjang merujuk kepada peningkatan hari di hemisfera utara pada musim panas berbanding musim sejuk.

Namun, kalangan geosaintis mendakwa kajian menunjukkan tempoh hari siang yang panjang turut membabitkan musim lain termasuk musim bunga.

"Perkembangan itu boleh dikaitkan kepada asasnya iaitu bumi dan bulan. Sepanjang sejarah kewujudan manusia, putaran bumi kini semakin perlahan," kata penyelidik Universiti Durham, Richard Stephenson.

"Graviti dari bulan mewujudkan gelombang kekal di lautan dan di perut bumi. Ini sekali gus memperlahankan pergerakan bumi."

Pergerakan bumi menyamai aksi peluncur ais. Bagi memperlahankan gerakannya, peluncur itu perlu mendepakan tangannya.

"Begitu jugalah dengan bumi. Disebabkan itulah, daripada 24 jam had maksimum sehari ketika ini, kita sebaliknya mungkin menyaksikan pertambahan sejam kepada 25 jam sehari pada masa depan," katanya.

Stephenson yang juga ahli astronomi Britain dapat membuktikan yang putaran bumi semakin perlahan sejak 700 tahun sebelum Masihi.

Beliau mengkaji plat tanah liat dan hasil kajian sejarah yang mengandungi maklumat mengenai gerhana matahari dan bulan.

Semua maklumat itu digunakan bagi mengira laluan pemisah bumi.

Apa didapati, ketika era proto-haiwan menguasai bumi pada 530 juta tahun lalu, ada sebanyak 21 jam sehari.

Pada era zaman dinosaur 100 juta tahun lalu, jumlah itu meningkat kepada 23 jam sehari.

Bukti jelas lain boleh dilihat menerusi mendapan terumbu karang. Ini disebabkan terumbu karang menjadi petanda kalendar dan setiap tahun membentuk mendapan yang tebalnya berbeza mengikut musim.

Berdasarkan itu, saintis mengira perbezaan masa antara musim bunga dan didapati semakin perlahan sepanjang tempoh sejarah.

Kira-kira 530 juta tahun lalu, bumi berputar jauh lebih cepat berbanding hari ini dan pergerakannya dianggap lebih stabil.

Pada masa itu biarpun catatannya 24 jam sehari, tetapi bilangan hari setahun adalah 420 hari berbanding 365 hari.

Stephenson membuat rumusan itu berdasarkan maklumat ke atas beratus-ratus keterangan mengenai fenomena gerhana matahari dan bulan sejak 2,700 tahun lalu.

Mengikut maklumat Sistem Perkhidmatan Rujukan dan Putaran Bumi Antarabangsa (IERS), tarikh 13 Julai 2003 adalah hari paling pendek dalam masa 100 tahun. - Agensi
try , Rabu, April 02, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog