
Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, amaran itu membabitkan pengambilan kira-kira 50 gram daging diproses, setiap hari. Orang ramai sememangnya dinasihati makan kurang 17.7 auns daging merah seminggu dan mengelak semua bentuk daging yang diproses.
“Memang wujud bukti jelas kaitan antara daging yang diproses semula dengan barah. Daging seperti sosej, burger dan kepingan daging salai itu disediakan dengan kaedah termasuk diperap, disalai, dicampur garam serta bahan pengawet lainnya,” kata Prof Martin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.
Sekurang-kurangnya seorang bagi setiap 20 orang menghidap barah usus dan kira-kira 16,000 orang mati akibatnya, setahun.
Di Britain, hampir setiap 100 kes baru barah usus dikesan setiap tahun.
Dr Wiseman berkata hampir separuh ancaman barah dapat dielakkan jika individu mengamalkan cara hidup sihat termasuk pemakanan atau diet lebih seimbang, menggunakan krim anti sinaran matahari, tidak merokok dan mengehadkan pengambilan arak.
Yayasan itu juga menegaskan, lebih banyak usaha perlu dibuat bagi mengetengahkan amaran risiko barah dihadapi mereka yang suka makan daging.
Kerajaan Britain misalnya sudah memperkenalkan program saringan barah usus membabitkan pemeriksaan setiap dua tahun sekali kepada lelaki dan wanita berusia 60-69 tahun.
Namun, pakar menganggap barah usus lebih mudah dikawal berbanding barah lain biarpun ia menjadi punca kematian kedua selepas barah paru-paru.
Pada Oktober lalu, laporan WCRF menyatakan daging merah dan daging yang diproses sememangnya ada kaitan jelas dengan barah usus. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

por gagne l'argent sur web
BalasPadam