KENDERAAN bergaya dan cantik seakan tidak bermakna sekiranya pemiliknya mengabaikan aspek keselamatan jentera mereka.
Tidak dinafikan kenderaan kini dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti Brek Anti Kekunci (ABS), Edaran Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan sebagainya tetapi teknologi berkenaan tidak bermakna sekiranya pemandu tidak mempedulikan keadaan asas brek kenderaan mereka.
Kebanyakan pemandu mula menyedari menghadapi masalah brek ketika gagal memberhentikan kenderaan mereka secara mengejut dalam situasi kecemasan.
Kebanyakan kenderaan kini menggunakan brek cakera pada keempat-empat tayar, tetapi ada yang menggunakan sepasang saja manakala yang lainnya masih mengenakan brek jenis dram.
Jika diteliti, fungsi brek perkara paling penting selepas penjagaan terhadap enjin kenderaan.
Bagaimanapun, kebanyakan pemilik kenderaan kini tidak mengambil endah sangat masalah brek, sama seperti mereka menunggu tayar kenderaan mereka haus sebelum ditukar baru.
Bendalir brek misalnya perlu dijaga dengan berkala. Bendalir yang berkurangan perlu ditambah dari semasa ke semasa kerana kekurangan bendalir menyebabkan brek tidak berfungsi.
Pada masa ini, semua teknologi tidak dapat berfungsi dengan sempurna menyebabkan kenderaan dipandu tidak dapat dihentikan pada masa yang tepat.
Kebocoran pada sistem brek hendaklah diperbetulkan segera kerana pemilik bukan saja akan mendapati bahagian enjin mereka dikotori minyak brek, malah boleh menyebabkan brek itu sendiri kurang anjal.
Ada beberapa faktor boleh menyebabkan brek kenderaan menjadi kurang anjal akibat kekurangan bendalir brek seperti cakera brek menipis atau haus atau pelapik brek yang kurang berfungsi.
Bagi mengatasi masalah itu, pelapik brek perlu diganti segera kerana selain menghasilkan bunyi bising, jarak pemberhentian menjadi lebih panjang.
Apabila piring brek rosak, pemilik perlu pula melicinkan semula kerana permukaan kasar pada piring brek menyebabkan pelapik brek tidak tahan lama.
Elakkan perkara ini kerana sekiranya ia berlaku, pemilik bukan saja membuang masa, malah terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk membaik pulih kedua-dua kerosakan itu.
Biar apapun jenis sistem brek dan teknologi yang digunakan kenderaan, pemilik masih perlu memberi perhatian lebih kepadanya kerana mereka pasti sukar jika sistem itu rosak.
Selain melihat amaran kerosakan brek pada panel meter, ada beberapa tanda lain yang boleh dijadikan panduan sekiranya ingin mengetahui masa sesuai untuk menggantikan brek sebelum rosak sepenuhnya.
Kerosakan boleh dikesan secara manual sekiranya ada bau hangit dari satu daripada empat tayar kenderaan, brek tidak anjal apabila pedal ditekan menyebabkan kenderaan berhenti jauh daripada jangkaan dan mendengar bunyi geseran yang bising ketika melakukan brek. - Oleh Mohd Razlan Salleh [mrazlan@hmetro.com.my]
Jumaat, April 11, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Bendalir brek perlu dijaga silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "