“Mereka amat berminat untuk menyambung terowong,” kata Daniel Seidemann, peguam Israel dan anggota kumpulan antipenempatan, Amin, kepada akhbar The Times.
Terowong berkenaan, merenggang dari Kolam Siloam di daerah Silwan di Palestin ke selatan dan bersambung dengan Tembok Barat al-Aqsa.
Seidemann percaya, sistem terowong bawah tanah itu akan berpanjangan dari terowong Tembok Barat, yang sudah pun dibuka, sehingga ke kuari lama yang dikendalikan kumpulan Yahudi berhaluan kanan di kawasan utara Kota Lama berhampiran Gerbang Damsyik.
“Hasrat mereka jelas, untuk membolehkan kemasukan ke bandar lama dari tembok utara berhampiran Gerbang Damsyik, menyeberangi Kota Lama tanpa bertemu dengan walau seorang penduduk Palestin, muncul di Tembok Barat, bersiar-siar di seluruh plaza, memasuki semula terowong dan keluar di Silwan,” katanya.
Akhbar The Times melaporkan, selepas mewujudkan ‘tapak di atas tanah’ di Tebing Barat, peneroka haram Yahudi kini cuba menghasilkan tapak di bawah tanah pula.
Israel menceroboh dan menawan Al-Quds ketika perang selama enam hari pada 1967 sebelum merampasnya dalam tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat dunia atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Al-Quds adalah lokasi Al-Haram Al-Sharif, yang turut menempatkan al-Aqsa dan menjadi tumpuan konflik Arab-Israel.
Palestin menegaskan bandar raya itu akan menjadi ibu negara yang bakal dibentuk.
Jawatankuasa Israel menentang Pemusnahan Rumah bimbang terowong yang digali peneroka itu satu hari nanti sampai di bawah al-Aqsa.
Ia memberi amaran pelampau Yahudi akan menggunakan laluan itu untuk menyerang struktur masjid dalam usaha menghalang penubuhan negara Palestin.
“Kebimbangan kami ialah ketika puak pelampau berhaluan kanan berasa terancam kepada sebarang potensi pengunduran dari wilayah Palestin yang ditawan, mereka mungkin cuba menghalangnya dengan melancarkan tindakan besar yang akan mengubah sejarah,” kata penyelaras lapangan bagi jawatankuasa itu, Meir Margalit.
Jentolak Israel sudah memulakan kerja tahun lalu memusnahkan jambatan kayu membawa ke Pintu Al-Maghariba di al-Aqsa dan dua bilik bawah tanah, yang mencetuskan bantahan di seluruh negara Islam.
Pakar arkeologi juga memberi amaran kerja pemusnahan itu mengancam asas al-Aqsa dan membuka jalan kepada lebih banyak usaha penggalian oleh Israel. - Agensi
Rabu, Mac 05, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Yahudi gali terowong bawah masjid silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "