Tinjauan Kualiti Tidur oleh Majlis Penyelidikan Britain mendakwa, sembilan peratus daripada responden mengakui mereka sering tidur sendirian, manakala 16 peratus lain tidur berasingan daripada suami atau isteri, sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Alasannya, mereka mendakwa gajet seperti alat permainan video atau komputer serta kemudahan elektronik seperti Blackberry menjadikan kamar tidur bukan lagi tempat untuk berehat, tetapi ‘pusat kegiatan’ bagi melayan ketagihan bermain permainan komputer atau melayari internet.
Akibatnya, ramai suami mahupun isteri, terpaksa mengalah dengan tidur di luar bilik bagi memastikan mereka dapat tidur dengan nyenyak. Tindakan itu menyebabkan perhubungan itu retak dan mereka akhirnya berpisah.
Tinjauan membabitkan 1,400 responden pada pelbagai peringkat usia, juga mendapati sekurang-kurangnya 8 daripada setiap 10 individu menggunakan kira-kira satu gajet sebelum tidur.
Seorang bagi setiap tiga individu membuat panggilan telefon atau menghantar e-mel dari katil manakala seorang bagi setiap lima individu mengakui melayari internet bagi mencari rakan, bermain permainan komputer atau mendengar alat muzik mudah alih.
Sekurang-kurangnya satu perlima responden juga mengakui mereka lazimnya mengecas peralatan elektronik seperti telefon bimbit sebelum menutup lampu.
Jumlah itu jauh berbeza daripada kira-kira seorang bagi setiap 10 orang yang berdoa sebelum tidur.
“Masyarakat masa kini terlalu sibuk, manakala kemudahan melayari internet dan menggunakan pelbagai gajet, menyebabkan waktu bersama pasangan, semakin kurang penting.
“Ia tidak hanya menjejaskan masa tidur mereka, tetapi menjadikan pasangan suami isteri semakin dingin sehingga sanggup tidur berasingan,” kata jurucakap Majlis itu, Jessica Alexander.
Katanya, pasangan muda terbukti lebih berani memberitahu suami atau isteri yang mereka tidak mahu diganggu ketika menonton televisyen, memeriksa e-mel atau membeli belah menerusi internet di kamar tidur.
“Tidak kurang pula yang sanggup tidur berasingan bagi memastikan mendapat tidur cukup dan nyenyak. Anehnya, mereka tidak menganggapnya sebagai antara petanda hubungan mereka makin retak.” - Agensi
Selasa, Mac 11, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Teknologi punca 'dingin' silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "