Pegawai Perhubungan Awam kementerian, Mohd Sabri Abdullah berkata produk itu ialah "Bionex" dan "Ju Purt Jen Chin Yen" (Cap Fuu Cheng) berikutan pengesanan racun berjadual yang terkandung di dalamnya.
"Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di dalam mesyuaratnya yang ke-201 telah membatalkan pendaftaran kedua-dua produk ini kerana ia mengandungi racun berjadual yang boleh memberi risiko kepada kesihatan pengguna," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Sabri berkata ubat yang mengandungi Sibutramine dan Ephederine hanya boleh dibekal oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor kerana penggunaan tanpa pengawasan doktor tidak selamat.
Penggunaan ubat yang mengandungi Sibutramine tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan advers serius seperti tekanan darah dan kesan kardiovoskular yang lain.
Manakala penggunaan ubat yang mengandungi Ephederine boleh menyebabkan kesan advers terhadap sistem saraf pusat seperti keresahan, insomnia, kekeliruan, kesan ke atas sistem saraf usus seperti loya, penurunan berat badan dan kesan kepada sistem penafasan seperti Dypnea.
PBKD tidak dapat menjamin keselamatan penggunaan Bionex keluaran Figure Line Beauty Specialist Sdn Bhd dan Ju Purt Jen Chin Yen (Cap Fuu Cheng) keluaran Besfomec Industries Sdn Bhd yang terdapat di pasaran sekarang.
Sementara itu kementerian kesihatan menasihatkan penjual, pemilikan untuk penjualan dan pengedaran produk ini adalah melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1985.
Sabri berkata individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan-peraturan ini boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. - Bernama
Selasa, Mac 04, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kementerian Kesihatan Haramkan Dua Produk Tradisional silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "