2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 7:03 AM

24Isnin,Mac

Ibu bapa punca pelajar ganas

Perbuatan manja anak menyebabkan guru gagal kawal disiplin di sekolah: Kajian

LONDON: Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dan tidak sanggup berkata 'tidak' kepada kemahuan mereka menjadi punca golongan berkenaan berkelakuan buruk di sekolah.

Penyelidikan baru mendapati, guru terpaksa berdepan dengan sebilangan pelajar yang mengamuk dalam kelas jika tidak dapat apa yang dikehendaki, muncul dalam keadaan letih kerana berjaga sehingga lewat malam serta peningkatan ibu bapa yang menyebelahi anak mereka.

"Ibu bapa yang dilanda tekanan sosial selalunya tidak mampu menangani tindak tanduk anak mereka sendiri, kadang-kadang bertindak ganas dalam melindungi kepentingan anak masing-masing.

"Guru menggambarkan 'kadar tinggi' ibu bapa yang mengaku terlalu mengikut kehendak anak, selalunya kerana tidak mahu perbalahan berpanjangan atau kerana tidak mempunyai insentif alternatif atau sekatan," menurut kajian oleh Universiti Cambridge yang diselia oleh Kesatuan Guru Kebangsaan (NUT).

Setiausaha Agung NUT, Steve Sinnott, berkata ibu bapa berada dalam tekanan memuncak kerana zaman kanak-kanak yang komersial.

"Sebahagian ibu bapa bergelut untuk berurusan dengan anak mereka. Ibu bapa cuba menanganinya dengan menurut kemahuan anak dan mungkin lebih tepat terlalu memanjakan mereka," katanya.

Kajian universiti itu melawat semula sekolah rendah yang terbabit dalam kajian lima tahun lalu. Pada 2002, sekolah melaporkan masalah terbesar mereka ialah cuba mengawal kelas yang membosankan disebabkan kurikulum tidak mencabar.

Tahun lalu, sekolah sama memberitahu penyelidik mereka semakin baik dalam mengemudikan kurikulum untuk membabitkan pelajar tetapi kini berdepan masalah tindak tanduk berikutan 'paparan perubahan sosial pantas.'

"Berdepan dengan tahap tindak tanduk yang semakin teruk dan pendirian bersifat permusuhan dari sesetengah ibu bapa, sekolah rendah kini semakin menjadi seperti sekolah menengah, yang kerap melaporkan kejadian seumpama itu dan tindak tanduk pelajar diperhatikan," menurut kajian.

Temubual dengan 200 guru dan beratus-ratus pelajar serta ibu bapa mendedahkan keluarga bergelut untuk mengawal anak mereka.

Seorang ibu berkata beliau menganggap hakikat anak lelakinya tidur pada jam 1 pagi satu kejayaan kerana sebelum ini dia enggan tidur sebelum jam 3 pagi, manakala seorang budak berusia enam tahun memberitahu gurunya cara membunuh 'bapa ayam dan pelacur' selepas mahir dalam permainan komputer. - Agensi
try , Isnin, Mac 24, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog