2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Hidupan laut gergasi di Antartika

Gambar : PENYELIDIK ini menunjukkan timun laut yang ditemui dalam perairan Lautan Antartik.

WELLINGTON - Saintis-saintis yang menyertai ekspedisi kajian di Lautan Antartik di New Zealand terkejut kerana menjumpai beberapa kehidupan laut bersaiz luar biasa.

Ekspedisi yang berakhir pada minggu ini mendapati beberapa siput laut gergasi, obor-obor bersaiz empat meter dan tapak sulaiman sebesar pinggan.

Projek penerokaan yang diketuai oleh Don Robertson itu menggunakan kapal Tangaroa selama 50 hari dan ia menjelajah lebih 3,200 kilometer di Laut Ross di New Zealand.
kata Robertson.
"Sebanyak 30,000 spesimen dikutip dan ada banyak spesies baru yang tidak dikenali,"

Menurutnya, kehadiran haiwan laut yang banyak itu mungkin disebabkan oleh suhu air yang sejuk, kurang pemangsa dan kadar oksigen dalam air yang tinggi.

Seorang peserta ekspedisi, Stefano Schiaparelli berkata, para penyelidik menemui komuniti marin yang sebelum ini tidak pernah dilihat.

Menurut pakar moluska itu, dia menemui sekurang-kurangnya lapan moluska baru dan beberapa haiwan tanpa tulang di bahagian utara pantai Antartik. - AP

Gambar : DUA penyelidik ini menunjukkan tapak sulaiman gergasi yang ditemui berdekatan dengan New Zealand.

Hidupan laut gergasi ditemui di Antartika

WELLINGTON: Saintis di sini menemui kehidupan laut gergasi yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam penyelidikan yang dilakukan di perairan Antartik dekat New Zealand yang berakhir minggu ini.

Siput laut besar, sotong dengan janggut empat meter panjang dan Tapak Sulaiman sebesar pinggan besar adalah antara spesies yang ditemui dalam penyelidik selama 50 hari di atas kapal Tangaroa membabitkan kawasan seluas 3,200 kilometer di Laut Ross, kata saintis marin New Zealand, Don Robertson.

Saya berani menyatakan ada ratusan organisme sebelum ini tidak diketahui dan begitu banyak spesies baru selepas mengambil 30,000 contoh hidupan laut,” kata Robertson.

Suhu sejuk, kekurangan ancaman kepada hidupan laut itu, tahap oksigen tinggi dan tempoh kehidupan lama adalah antara sebab sesetengah spesies itu boleh menjadi besar, kata Robertson, Pengurus Sains, Institut Penyelidikan Perairan dan Atmosfera Kebangsaan New Zealand (NIWA).

Robertson juga mendakwa, penyelidikan di Laut Ross itu adalah antara yang paling menyeluruh yang pernah dilakukan sehingga kini.

Ia adalah sebahagian daripada program Tahunan Polar Antarabangsa membabitkan 23 negara dan 10 kumpulan pelayaran lain untuk menyelidik kehidupan laut di benua selatan yang beku. Penyelidikan itu dijangka tamat Julai tahun depan.

Untuk mengkaji 30,000 contoh daripada penyelidikan Laut Ross itu akan mengambil masa tambahan dua tahun dan sebarang spesies baru ditemui perlu dihantar kepada pakar untuk mendapatkan kepastian.

Saintis perikanan NIWA, Stu Hanchet menjangka akan ada lapan spesies baru di kalangan ‘900 lebih spesies ikan yang ditangkap semua sekali.’

Penyelidik itu melakukan kajian bermula dari permukaan air hingga ke 3,500 meter di dasar laut dan mengambil kira semua kehidupan yang ditemui. - AP
try , Sabtu, Mac 22, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog