
Syarikat itu dijadual memulakan operasi awal bulan depan (April).
Naza Italia, yang menandatangani perjanjian dengan Ferrari hari ini, dijangka melancarkan sebuah bilik pameran utamanya yang mempunyai pusat servis menjelang suku ketiga tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, S M Faisal S M Nasimuddin berkata sebagai wakil Ferrari, Naza Italia bermatlamat membuat sumbangan lebih besar kepada imej jenama itu.
"Pelaburan akan termasuk penyediaan bilik pameran diperlengkapkan dengan 4S -- jualan, servis, sistem dan alat ganti - dan barangan Ferrari," kata Faisal, yang juga Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Naza.
"Sejumlah besar daripada pelaburan itu akan diperuntukkan bagi pengurusan perhubungan pelanggan, jualan dan perkhidmatan selepas jualan, aktiviti latihan, penjenamaan dan pemasaran," katanya pada sidang media di sini.
Naza Italia akan membawa kepada pelanggan tempatan keseluruhan barisan kereta Ferrari terdiri dari rangkaian kereta F430 hingga kepada kereta 599 GTB Fiorano dan model utamanya kereta 612 Scaglietti, kata Faisal.
"Perniagaan automotif sedia ada kami telah membolehkan kami membina perhubungan penting dengan pasaran khusus yang menghendaki akses kepada automobil berkualiti tinggi," katanya.
Ditanya mengenai jualan sasaran, Faisal berkata pasaran kereta mewah di pasaran Malaysia sedang mengalami pertumbuhan kukuh, sambil menyatakan akan sentiasa terdapat permintaan kukuh bagi membeli kereta khusus seumpama itu.
"Misi kami ialah menyediakan pengalaman kepada pasaran Malaysia. Kami merancang peningkatan selanjutnya dengan tambahan baru, kemudahan inovatif, dan perkhidmatan, kesemuanya yang menyumbang dengan besar kepada kejayaan Ferrari di Malaysia," katanya.
Mengulas mengenai perkongsian itu, Pengarah Komunikasi Ferrari Asia Pasifik Matteo Bonciani berkata syarikat itu memulakan perhubungan itu kerana Naza telah terbukti sebagai penyumbang utama di Malaysia.
Katanya Ferrari menjual 1,054 unit di Asia Pasifik pada tahun lepas dan syarikat itu menganggap Malaysia sebagai sebuah pasaran penting. - bernama
Sabtu, Mac 22, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ferrari Lantik Naza Sebagai Pengimport Tunggal Bagi Malaysia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "