Tiga yang lain ialah Syed Mokhtar Albukhary, 56, bekas ahli politik Sarawak yang juga ahli perniagaan, Leonard Linggi Tun Jugah, 67, dan Hishamudin Ubaidulla, 52.
Forbes Asia menyiarkan senarai pertama Wira Dermawan, membabitkan beberapa penduduk Asia yang paling pemurah dan menarik itu dalam majalah perniagaan terbitan 10 Mac.
"Dengan kedudukan Asia yang semakin maju, kekayaan yang baru dicapai digunakan untuk tujuan menderma," kata Forbes Asia dalam siaran media di sini Khamis.
Menurutnya buat pertama kali tahun ini, Forbes Asia menyiarkan senarai 48 dermawan masing-masing empat daripada 12 negara.
Forbes Asia berkata ahli perniagaan itu menderma $30 juta kepada yayasan itu pada 2006 dan $25 juta lagi tahun lepas, bagi membiayai kelas-kelas pemulihan Bahasa Inggeris, sains dan Matematik melibatkan 20,000 pelajar lemah di kalangan keluarga miskin di luar bandar.
Yayasan itu berharap latihan tambahan itu "akan membantu merapatkan jurang pendidikan antara yang miskin dan kaya." Yayasan itu juga melaksanakan program biasiswa kolej untuk 300 pelajar dari lebih 40 negara.
Linggi yang memulakan perniagaan yang kini meliputi hartanah, perladangan, perkapalan, hotel dan syarikat lain, ialah penyumbang utama untuk Yayasan Tun Jugah yang memberi tumpuan terhadap melindungi kebudayaan suku kaum Iban, kumpulan Orang Asli di Borneo, kata Forbes Asia.
Antara projek yayasan itu ialah melindungi dan mempromosikan tradisi dan kesusasteraan Iban dan pada tahun 2003, mula menyusun kamus pertama Iban.
Hishamudin yang mengurus Yayasan Ubaidi, yayasan yang dibiayai menerusi keuntungan bangunan-bangunan komersial dan jualan tanah yang dibeli oleh bapanya bertahun-tahun dulu.
Yayasan itu membantu keluarga yang tidak mampu membiayai kehiduan harian, pencari nafkah tidak bekerja tetapi bukan di kalangan mereka yang berhutang kerana tidak bijak mengurus wang, kata Hishamudin yang dipetik sebagai berkata oleh Forbes Asia.
Yayasan itu menjelaskan bil perubatan, membantu ibu tunggal membiayai persekolahan anak mereka serta membantu hospital yang tidak mempunyai kelengkapan mencukupi.
"Kita tidak menafikan mereka adalah antara 48 penderma terbesar dan adalah mustahil untuk mengumpul senarai ini kecuali setiap orang setuju membenarkan kami melihat rekod bank mereka," kata Forbes Asia.
Forbes Asia berkata senarai itu adalah subjektif dan bertujuan mengenal pasti bukan hanya beberapa penyumbang terbesar, malah beberapa tokoh yang sangat menarik dan pemurah yang tidak dimuatkan dalam senarai orang paling kaya, tetapi mereka yang berkongsi wang untuk projek yang sangat-sangat diperlukan, yang adakalanya luar biasa.
Tokoh Asia lain yang dimuatkan dalam senarai itu ialah jutawan China Shi Zhengrong yang membiayai pembinaan rumah untuk golongan miskin di kampung halamannya Yangzhong di China, bintang filem Jet Li, yang menggunakan pengaruhnya untuk mengutip derma untuk bantuan malapetaka dan kesihatan mental serta hartawan Hong Kong Li Kashing, yang menyumbang atau komited menghulurkan $1.1 bilion.
Jumaat, Februari 29, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Wira-wira dermawan Asia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "