WASHINGTON: Ubat antikedutan popular Botox dan pesaingnya dikaitkan dengan tanda-tanda bahaya keracunan pada sesetengah pengguna yang mana kesnya sangat teruk sehingga beberapa kanak-kanak menemui ajal selepas diberi ubatan itu kerana masalah pengecutan otot, menurut amaran kerajaan Amerika Syarikat, kelmarin.
Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) memberi amaran, dua rawatan Botox iaitu versi khas dipanggil Botox Kosmetik dan pesaingnya, Myobloc, ubat yang semuanya menggunakan racun toksin (botulinum) untuk menghalang reaksi saraf, menyebabkan saraf berehat.
Dalam kes jarang berlaku, toksin terbabit boleh tersebar di luar kawasan suntikan ke bahagian lain badan, melumpuh atau melemahkan otot yang digunakan untuk bernafas dan menelan, kesan sampingan yang berpotensi membawa maut, kata FDA.
Botox terkenal kerana meminimumkan kedutan dengan melumpuhkan otot muka - namun botulinum juga digunakan secara meluas untuk keadaan pengecutan otot berlainan, seperti servikal distonia (gangguan postur leher) atau kekejangan leher teruk.
FDA menekankan,kematian yang masih disiasat setakat ini semuanya membabitkan kanak-kanak, kebanyakannya pesakit palsi serebrum (otak tidak normal) yang dirawat akibat keadaan spastik (rintangan gerakan pasif anggota) pada kaki mereka.
FDA tidak pernah secara rasmi meluluskan penggunaan ubatan itu namun sesetengah negara membenarkannya.
Bagaimanapun, FDA turut memberi amaran bahawa ia juga menyiasat laporan penyakit semua peringkat usia yang menggunakan ubatan itu untuk pelbagai keadaan, termasuk sekurang-kurangnya seorang wanita yang dirawat di hospital setelah diberi Botox untuk kedutan pada dahi.
Namun, FDA tidak memberitahu berapa banyak laporan yang ia sedang siasat. "Kami bukan bercakap mengenai ratusan kes hanya beberapa," kata Dr Russel Katz, ketua saraf FDA. - AP
Isnin, Februari 04, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Suntikan Botox boleh bawa maut silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "