TORONTO: Sekumpulan penyelidik Kanada mendakwa remaja lelaki yang menjadi bapa berisiko besar menyebabkan bayi mereka mengalami kecacatan dan mungkin mati sewaktu dilahirkan.
Kajian pertama seumpamanya dan terbesar pernah diadakan bagi melihat kesan usia bapa ke atas bayi, mengaitkan faktor usia muda dengan penyebab masalah atau kecacatan termasuk bayi lahir tidak cukup bulan atau berat badan terlalu rendah serta boleh menyebabkan maut.
“Kajian kami menunjukkan remaja lelaki yang menjadi bapa memainkan peranan penting menentukan kecacatan pada bayi, termasuk ketika dalam kandungan,” kata Professor Shi Wu Wen, salah seorang penyelidik Institut Penyelidikan Kesihatan Ottawa, Kanada.
“Secara biologi, boleh dikatakan usia seseorang itu ketika menjadi bapa, memainkan peranan amat penting menentukan keadaan bayi mereka,” katanya.
Hasil kajian itu disiarkan edisi terbaru jurnal Human Reproduction.
Menerusi kajian itu, penyelidik mengkaji keadaan bayi yang bapanya dibahagikan kepada tujuh kumpulan berbeza - daripada usia remaja sehinggalah berumur 50 tahun ke atas.
Selepas menolak faktor berkaitan kaum, pendidikan, merokok dan pengambilan alkohol ketika hamil, kajian itu mendapati bayi yang bapanya remaja atau berusia kurang 20 tahun, mempunyai pelbagai risiko yang membimbangkan.
Ini termasuk risiko 15 peratus bagi bayi untuk lahir lebih awal. Tidak cukup dengan itu, bayi terbabit juga berdepan masalah kurang berat badan (13 peratus), bersaiz kecil dan tidak sepadan usia (17 peratus risiko).
Lebih membimbangkan, bayi itu berdepan risiko 22 peratus kemungkinan untuk mati dalam masa sebulan selepas dilahirkan dan 41 peratus untuk mati dalam tempoh empat minggu ke setahun selepas dilahirkan.
Penyelidik itu mendakwa faktor biologi dan sosio ekonomi berperanan penting bagi menentukan kemungkinan berkenaan.
“Lelaki muda lazimnya mempunyai kadar sperma dan bahan kimia lain di dalamnya yang rendah berbanding lelaki berusia lain. Ini sekali gus mempengaruhi pembentukan janin dan seterusnya keadaan bayi mereka.
“Kajian mengaitkan sperma kurang matang ini boleh memberi kesan besar kepada keadaan bayi yang dikandung si isteri.
“Selain itu, perlu diingat, lazimnya kebanyakan remaja lelaki yang menjadi bapa muda berasal daripada keluarga yang miskin dan tidak berpendidikan tinggi.” - Agensi
Sabtu, Februari 23, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Remaja lelaki tak sesuai jadi bapa silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "