/

Raja setuju projek kereta api Makkah, Madinah

JEDDAH: Raja Abdullah mengarahkan projek kereta api Makkah-Jeddah-Madinah dilaksanakan menggunakan tabungan negara.

Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Dr Jabara Al-Seraisry, berkata arahan itu akan mempercepatkan pembinaan projek Lingkaran Kereta Api Makkah-Madinah (MMRL) yang dianggarkan menelan kos SR20 bilion (RM17 bilion) dan membawa perubahan dalam pengangkutan jemaah haji dan umrah di antara kedua-dua bandar raya itu.

Dr Jabara berkata, MMRL, yang diwujudkan untuk mengendalikan kereta api dengan kelajuan lebih 300 kilometer sejam, akan mengurangkan waktu perjalanan di antara Jeddah dan Makkah kepada 30 minit dan di antara Jeddah dan Madinah tidak sampai dua jam.

Laporan Arab News menyebut, MMRL termasuk pembinaan landasan kereta api elektrik berkelajuan tinggi baru sepanjang 500 kilometer di antara Jeddah dan Makkah dan di antara Jeddah dan Madinah. Landasan itu akan dilengkapi tanda isyarat moden dan sistem telekomunikasi.

"Kami sudah pun menyelesaikan laluan projek landasan ini dan mengenal pasti lokasi bagi stesen di Makkah, Jeddah dan Madinah," Agensi Akhbar Saudi memetik Dr Jabara sebagai berkata.

"Projek itu akan memperbaiki kualiti pengangkutan awam di Arab Saudi,

Sumber memberitahu Arab News jawatankuasa khas kini memantau tanah di sepanjang laluan untuk melaksanakan projek itu. Jawatankuasa terbabit juga menganggarkan pampasan untuk dibayar kepada pemilik tanah selepas aset mereka diambil.

MMRL akan mempunyai stesen di Pelabuhan Islam Jeddah, Lapangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz dan Bandar Raya Ekonomi Raja Abdullah di Rabigh, kata sumber, sambil menambah ia akan melalui sempadan timur Jeddah.

Enam konsortium iaitu Konsortium Al-Rajhi, Kumpulan Binladin, Saudi Oger, Konsortium Saudi Jepun, Konsortium Al-Sholah dan OHL International, berusaha mendapatkan kontrak. - Agensi

try , Jumaat, Februari 22, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog