Seorang pegawai pertahanan AS berkata, sebuah kapal perang negara itu berjaya memusnahkan sebuah satelit pengintip yang hilang kawalan dengan menggunakan sebuah peluru berpandu kelmarin.
Satu rangkaian radar dan satelit yang dibangunkan untuk sistem pertahanan peluru berpandu AS mengesahkan satelit itu berjaya dimusnahkan ketika berada pada ketinggian 247 kilometer dari Lautan Pasifik.
Washington sebelum ini menegaskan bahawa satelit itu terpaksa dimusnahkan bagi mengelakkan tangki minyaknya yang mengandungi bahan api bertoksik mencemari bumi.
Bagaimanapun, beberapa negara melahirkan kebimbangan bahawa AS cuba menguji senjata pemusnah satelit sekali gus mencetuskan perlumbaan senjata di angkasa lepas.
China memberi amaran operasi itu mungkin memberi kesan kepada situasi ketenteraan dunia dan mendesak Washington menyiarkan lebih banyak maklumat.
“Beijing menilai sebarang ancaman terhadap keselamatan di angkasa lepas dan negara-negara lain yang mungkin tercetus akibat tindakan AS itu,” kata Jurucakap Kementerian Luar China, Liu Jianchao.
China sebelum ini juga pernah dikritik antarabangsa selepas menembak jatuh sebuah satelit cuaca miliknya di orbit pada 11 Januari tahun lalu.
Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan bahawa operasi AS itu umpama satu ujian senjata dan seperti cuba mengalihkan perlumbaan persenjataan ke angkasa lepas.
Bagaimanapun, para pegawai AS menegaskan operasi itu bertujuan mengelakkan sebarang ancaman terhadap manusia bukannya satu ujian senjata atau tidak mahu rahsia satelit itu jatuh ke tangan musuh.
Pegawai Pemerintah tentera AS di Pasifik, Timothy Keating berkata, operasi itu sama seperti yang dilakukan oleh China tetapi AS menghebahkan misi itu kepada orang ramai terlebih dahulu.
“Beijing menembak satelit mereka tanpa memberitahu sesiapa mengenainya. Malah tidak semua rakyat China mengetahuinya,” katanya.
Menurutnya, beliau juga memaklumkan kepada beberapa negara berhampiran berhubung operasi itu.
Misi itu yang sebelum ini dilaporkan mungkin ditangguhkan bermula selepas mendapat kelulusan Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates.
Kapal perang AS, USS Lake Erie menembak sebuah peluru berpandu taktikal SM-3 yang diubahsuai lalu memusnahkan satelit itu yang bergerak pada kelajuan 27,400 kilometer sejam.
Sebagai persediaan sekiranya cubaan sebelum itu gagal, kapal Lake Erie membawa dua peluru berpandu tambahan dan sebuah kapal perang AS, USS Decatur pula dilengkapi dengan peluru berpandu ketiga.
Perisian peluru berpandu itu yang sebelum ini digunakan untuk memintas peluru berpandu balistik juga ditukar bagi membolehkan ia mengenalpasti satelit sebagai sasarannya.
Sasaran operasi itu ialah menembak tangki minyak satelit sebesar bas sekolah berkenaan yang mengandungi sejumlah 450 kilogram bahan api bertoksik.
Menurut Pentagon, sisa satelit itu akan terus masuk ke atmosfera bumi kerana berada pada altitud yang rendah ketika ia dimusnahkan dan akan terbakar dalam tempoh dua hari.
Bagaimanapun, tempoh yang diperlukan untuk semua sisa satelit itu masuk sepenuhnya ke atmosfera bumi adalah 40 hari. – AFP
Jumaat, Februari 22, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Operasi tembak satelit pengintip silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "