Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 12:32 PM

2Sabtu,Februari

Peronda RT diberi pelepasan kerja mulai 1 Mac

KUCHING: Sukarelawan Rukun Tetangga (RT) yang terlibat dalam skim rondaan sukarela yang sering dibuat selepas tengah malam di seluruh negara akan diberi pelepasan kerja selama setengah hari mulai 1 Mac ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili berkata sebelum ini, insentif pelepasan kerja bagi sukarelawan ronda RT digantung pelaksanaan sejak 15 tahun lalu kerana terdapat penyalahgunaan dan kini diperkenalkan semula dengan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan.

"Pelepasan kerja ini diberi kepada sukarelawan RT yang meronda selama empat jam selepas tengah malam dan maksimum dua kali dalam tempoh sebulan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama ketua-ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan di negeri ini, di sini.

Katanya pelepasan kerja itu membolehkan kakitangan awam atau swasta yang menjadi sukarelawan RT datang lewat ke pejabat pada hari yang sama.

Maximus berkata draf mengenai insentif pelepasan kerja ini sedang diperhalusi Bahagian Perundangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Peguam Negara bagi diwartakan dan dilaksanakan pada bulan depan.

"Objektif utama kita perkenalkan semula pelepasan kerja ialah membantu mengurangkan kadar jenayah dengan menggalakkan konsep komuniti kepolisian," katanya, sambil menambah kabinet telah memberi persetujuan untuk memperkenalkan semula insentif tersebut pada mesyuarat kabinet Rabu lepas.

Beliau berkata kini terdapat seramai 1,050 sukarelawan dalam Skim Rondaan Sukarelawan RT yang melakukan rondaan di kawasan-kawasan berhampiran dengan RT masing-masing.

Terdahulu semasa majlis perjumpaan itu , Maximus berkata satu kajian yang dilakukan mendapati majoriti kejadian yang akhirnya menjadi konfrontasi antara kaum bermula dengan perbuatan jenayah dan ini perlu ditangani dengan segera.

Beliau berkata 70 peratus kejadian jenayah seperti kes cabul atau tindakan nakal individu yang di bawah pengaruh alkohol akan berakhir dengan konfrantasi antara kaum.

"Sebagai contoh jika ada kes cabul, abang atau adik mangsa akan panggil kawan untuk bertindak balas kepada si pencabul yang mungkin daripada kaum lain dan ini akan berjadi bertambah serius jika si pencabul bertindak balik," katanya lagi.
- Bernama

try , Sabtu, Februari 02, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog