
Kajian terdahulu mengaitkan sifat panas baran dengan kes tinggi penyakit jantung koronari, darah tinggi dan angin ahmar, terutama di kalangan lelaki.
Namun, kajian baru yang disiarkan kelmarin dalam jurnal Brain, Behaviour, Immunity, adalah uji kaji kawalan pertama yang secara langsung mengukur kesan kemarahan kepada proses penyembuhan.
Penyelidik di Universiti Ohio mengenakan kesan lecur kecil di lengan 98 sukarelawan yang kemudian dipantau selama lapan hari untuk melihat bagaimana pantasnya kulit pulih sendiri.
Setiap subjek mengambil ujian psikologi terlebih dulu untuk menilai bagaimana mudah dan kerap mereka berasa dan meluahkan kemarahan, dan kemudian disenaraikan dalam ‘skala kemarahan.’
Individu yang mengambil ubat farmaseutikal tertentu, merokok atau meminum kuantiti keterlaluan kopi banyak mengandungi kafein diketepikan, bersama-sama individu yang memiliki berat badan atau kurang berat keterlaluan. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

perasaan marah dan ketawa boleh mempengaruhi kadar kortisol seseorang...kadar kortisol yang tinggi menyebabkan imunosupresif(keadaan di mana seseorang senang diserang penyakit)...orang yang marah mengakibatkan level kortisolnya meningkat dalam tubuh...orang yang ketawa menyebabkn level yang sebaliknya..sekian
BalasPadam