2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 7:47 PM

18Isnin,Februari

Kapal Saddam dilelong

Istana terapung dirampas Perancis bagi tentukan pemilik sebenar

PARIS: Sebuah kapal layar mewah milik Saddam Hussein yang layak digelar istana dan kubu terapung kerana dilengkapi kolam renang, salun rambut dan badan, laluan rahsia dan sistem pelancar roket kini ditawarkan untuk dijual pada harga tidak rasmi sekurang-kurangnya AS$35 juta (RM112.7 juta).

Tetapi ia berserta syarat - kecuali Kerajaan Iraq boleh membuktikan kapal yang dibina khas untuk Saddam menjadi milik kerajaan negara Teluk itu selepas kematian bekas Presiden itu yang menjalani hukuman gantung sampai mati pada Disember 2006.

Ia boleh dikendalikan oleh kira-kira 35 anak kapal, mempunyai 10 bilik, beberapa salun dengan paparan kaca televisyen skrin besar, peralatan disaluti emas, surau dan tempat khas pendaratan helikopter. Atau ringkasnya, ia diibaratkan istana selaras hikayat Arab 1,001 Malam.

'Istana terapung' sepanjang 82 meter kini ditempatkan di Nice, dirampas Perancis pada 31 Januari lalu menjelang satu perbicaraan yang akan diadakan bulan depan bagi menentukan pemilik sebenar kapal yang dibina khusus untuk Saddam ketika masih memerintah Iraq.

Kerajaan Iraq mengesyaki kapal itu masih menjadi haknya. Namun, firma ejen kapal layar mewah Nigel Burgess mendakwa pemiliknya yang enggan didedahkan identitinya, sudah meminta supaya kapal berkenaan dijual.

Syarikat itu turut memberi peluang mereka yang berminat, mendekati kapal berkenaan menerusi gambar yang dipaparkan pada laman webnya.

Apa yang pasti, seperti cita rasa mewah Saddam, hiasan dalaman kapal berkenaan sememangnya menawan.

Saddam yang lebih dikenali sebagai pemburu berbanding kelasi, tidak pernah menggunakan bot yang dibina pada 1981, kata peguam yang mewakili Kerajaan Iraq dalam kes rebutan harta berkenaan, Ardavan Amir-Aslani.

Malah, kapal layar itu dikatakan tidak banyak belayar. Malah, ketika tercetusnya peperangan Iran-Iraq, kapal yang nama asalnya 'Qadisiyah Saddam,' dialihkan ke Pelabuhan Jeddah, Arab Saudi pada 1986 hinggalah musim luruh lalu.

Ia, bagaimanapun, muncul di Nice dengan nama baru 'Ocean Breeze,' terpampang pada bucu kapal serba putih berkenaan.

Pemilikannya menjadi isu dan belum pasti - misteri seperti keadaan kapal itu sendiri. Apakah pemiliknya kroni Saddam, kerabat diraja Arab Saudi atau hartawan yang berlindung di sebalik syarikat besar?

"Kapal layar itu ditempah dan dibayar kerajaan Iraq. Itu yang pasti," kata peguam itu yang dihubungi menerusi telefon. Kini, rakyat Iraq percaya kapal berkenaan mungkin dimiliki 'konco Saddam.'

"Kerajaan Iraq sekarang kini cuba mendapatkan semula wang milik rakyat yang didakwa dialihkan secara haram ke luar negara," katanya.

Namun, kapal itu ada kaitan Caribbean. Sebuah syarikat yang berpangkalan di Kepulauan Cayman mendakwa memiliki kapal berkenaan tetapi berselindung di sebalik nama warisnya. - AP

Link berkaitan disini..... The yacht Saddam Hussein they sell for 17 million pounds
try , Isnin, Februari 18, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog