2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 14 April 2025   
@ 16 Syawal 1446H / 1:38 AM

1Jumaat,Februari

60 perokok remaja setiap hari

MELAKA 31 Jan. - Kira-kira lapan peratus daripada 4.6 juta perokok di negara ini adalah terdiri daripada golongan remaja, manakala 14 peratus remaja di dunia pula merokok.

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Datuk Profesor Ir. Ismail Hassan ketika mendedahkan perkara itu berkata, statistik itu juga menunjukkan 50 hingga 60 perokok baru setiap hari, terdiri daripada remaja di negara ini.

Beliau berkata, pertambahan perokok baru di kalangan remaja ini sangat membimbangkan apatah lagi apabila ia turut melibatkan remaja wanita.

''Ini juga dapat dilihat dengan pertambahan bilangan kes-kes kematian akibat daripada penyakit-penyakit yang berpunca daripada penggunaan tembakau," katanya.

Ismail berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Anti Merokok, di sini petang semalam.

Program anjuran UTeM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia itu dianjurkan dalam usaha menjadikan kawasan kampus sebagai kawasan larangan merokok.

Kempen itu juga bertujuan membentuk peribadi warga UTeM yang bebas daripada ketagihan merokok selain mengekalkan kebersihan kawasan kampus daripada sampah yang berpunca daripada tabiat merokok.

Ismail memberitahu, daripada 1.2 bilion perokok di seluruh dunia, separuh daripada mereka diramal akan mati sebelum waktu sepatutnya kerana mengidap penyakit berpunca daripada tabiat merokok.

''Separuh daripada perokok dalam jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang akan menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, strok dan penyakit paru-paru obstruktif kronik.

''Justeru, diharapkan kempen ini dapat melahirkan warga UTeM yang lebih sihat selain menjadikan kawasan kampus bebas pencemaran udara" katanya.


try , Jumaat, Februari 01, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog