/

Wanita Indonesia Sebar Maklumat Palsu Kes Sharlinie Ditahan

PETALING JAYA, 14 Jan, - Polis menahan seorang wanita warga negara Indonesia tengah malam tadi kerana disyaki memberi maklumat palsu mengenai kehilangan kanak-kanak perempuan Sharlinie Mohd Nashar yang dipercayai diculik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC II Mazlan Mansor berkata wanita berusia 27 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu rumah ditahan oleh satu unit khas polis di Johor Baharu setelah didapati beberapa kali menghantar SMS kepada bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussin, 29, dengan memberi maklumat palsu dan menjadikan kes kehilangan Sharlinei, lima tahun, yang kini menjadi tumpuan di seluruh negara, sebagai bahan gurauan.

"Wanita itu telah menghantar SMS sejak hari pertama kehilangan kanak-kanak itu hingga hari ketiga. (Dalam SMS itu) dia ada menyebut tentang perasaan dendam dan kanak-kanak itu akan dihantar pulang dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi," katanya kepada pemberita di Ibupejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Sharlinie dilaporkan hilang pada 11.30 pagi Rabu lepas ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan tidak jauh dari rumah mereka di Taman Medan di sini.

Polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mencarinya termasuk mengedar poster kanak-kanak itu serta fotofit seorang lelaki yang dipercayai penculiknya.

Di Bukit Kayu Hitam, Kelab Seni Foto Universiti Utara Malaysia mengedarkan 500 keping poster kanak-kanak itu di sekitar Kompleks Imigresen dan Kastam petang semalam.

Setiausahanya Adilah Ishak berkata KSFUUM turut mencetak fotofit suspek kes itu untuk diedar di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.

Beliau berharap pengedaran poster kanak-kanak itu di tempat strategik akan mempercepatkan usaha mengesan kanak-kanak itu dan juga penculiknya. - (Bernama)
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Selasa, Januari 15, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog