
Saksi kedua inkuiri berkenaan, Penguasa Kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Chuah Lay Choo, 52, berkata beliau membuat kesimpulan itu selepas membuat perbandingan di antara 17 keping gambar yang diambil pegawainya di bilik tamu di rumah Lingam dan dalam klip video yang memaparkan perbualan telefon peguam itu dengan seseorang yang didakwa sebagai hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim-hakim.
Menjawab soalan Pegawai Pengendali Datuk Nordin Hassan, saksi itu berkata beliau menerima salinan cakera padat rakaman klip video tersebut pada 19 Dis 2007 lebih kurang pukul 10.30 pagi yang diserahkan oleh Penguasa Wan Zulkifli Wan Jusoh dari Unit Forensik Komputer Ibu Pejabat BPR.
Chuah berkata selepas melihat isi kandungan video klip tersebut, beliau menyediakan transkripsi perbualan dalam klip video itu dan mengarahkan Penolong Kanan Penguasa BPR Shahadan Mohd Yatim untuk mengambil gambar apa-apa barang di ruang tamu di rumah Lingam yang serupa dengan barang yang terdapat dalam rakaman klip video itu.
Katanya beliau juga memberikan alamat rumah Lingam kepada Shahadan iaitu di Petaling Jaya, Selangor.
Chuah berkata beliau juga pernah pergi ke rumah Lingam dan masuk ke dalam bilik tamunya ketika menjalankan siasatan berhubung klip video tersebut.
Katanya selepas melihat rakaman klip video berkenaan dan melihat 17 keping gambar yang diambil oleh Shahadan, beliau membuat perbandingan terhadap kedua-duanya dan mendapati kesemua gambar mempunyai persamaan dengan lokasi dalam klip video tersebut.
"Sebagai kesimpulan berdasarkan kepada gambar-gambar dan rakaman klip video itu, saya mendapati ia diambil di tempat yang sama," katanya.
Chuah berkata pada 26 Dis 2007 beliau mengarahkan Wan Zulkifli menghantar cakera padat klip video itu ke Cyber Security Malaysia bagi disahkan ketulenannya dan beliau menerima kembali cakera padat tersebut pada 12 Jan 2008 yang diserahkan oleh Wan Zulkifli.
Kepada soalan peguam Ranjit Singh yang mewakili Badan Peguam Malaysia, Chuah bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa cakera padat yang diterimanya adalah dalam bentuk salinan dan bukan rakaman asal klip video berkenaan dan mengesahkan cakera padat yang dihantar kepada Cyber Security juga adalah dalam bentuk salinan.
Ranjit kemudian memberitahu suruhanjaya selepas meneliti transkrip yang disediakan oleh Chuah, beliau mendapati terdapat beberapa perbezaan di mana beberapa ayat tidak sama dengan transkrip yang disediakan badan itu.
Sehubungan itu, Haidar mengarahkan supaya Ranjit menyediakan perbezaan itu dan memberikan kepada Chuah bagi membolehkan Chuah membuat rujukan ketika menjawab soalan Ranjit esok pagi.
Rakaman video klip selama 14 minit itu turut ditayangkan kepada umum dalam prosiding hari ini selepas membenarkan permohonan Nordin ketika menyoal Chuah.
Sementara itu Shahadan, 53, yang juga saksi pertama inkuiri ketika menjawab soalan Nordin, berkata Lingam tidak bertanyakan soalan mengapa beliau hendak mengambil gambar di bilik tamu rumahnya ketika beliau pergi ke rumah peguam itu pada pagi 25 Dis tahun lepas.
Shahadan yang bertugas di bahagian Risikan Ibu Pejabat BPR cawangan bantuan teknik berkata selepas Lingam membenarkannya masuk ke dalam rumah, peguam itu menunjukkan kepadanya bilik tamu dan terus beredar dari situ.
Katanya beliau mengambil 17 keping gambar di bilik tamu tersebut dengan menggunakan kamera digital seperti diarahkan oleh Chuah pada 24 Dis tahun lepas.
Arahan terperinci yang diterima daripada Chuah ialah untuk mengambil gambar di bilik tamu rumah Lingam jika ada apa-apa yang sama seperti dalam klip video tersebut, katanya.
Shahadan berkata pada 25 Dis tahun lepas beliau dipertontonkan klip video memaparkan Lingam sedang berbual melalui telefon dan beliau menjadikan rakaman tersebut sebagai asas untuk mengambil gambar di rumah peguam itu.
Ketika ditunjukkan 17 gambar tersebut oleh Nordin, Shahadan menjelaskan antara gambar yang diambilnya menunjukkan mangkuk porselain yang berada dalam bilik tamu, tombol pintu, lampu candelier, bahagian siling dan kabinet bilik tamu dan bingkai gambar menunjukkan Lingam dan isterinya serta sofa yang pernah berada di bilik itu tetapi dipindahkan ke tingkat atas.
Ketika diminta oleh Americk Singh Sidhu yang mewakili ahli perniagaan Loh Mui Fah untuk mengesahkan dua keping gambar dalam bilik tamu itu yang dibawa Americk dalam prosiding itu, Shahadan hanya boleh mengenal pasti satu gambar sahaja dan satu gambar lagi tidak dapat dicamnya kerana ia menunjukkan lokasi di luar bilik tamu.
Menjawab soalan lain Ranjit sama ada beliau boleh membuat kesimpulan bahawa ia adalah bilik sama seperti dalam klip video itu, Shahadan berkata: "Saya membawa komputer riba dan memainkan klip video sambil menghentikan sebentar gambar dalam komputer dan mendapati bilik tamu itu sama seperti dalam klip video berkenaan."
Inkuiri disambung esok (15 Jan.). - (Bernama)
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Selasa, Januari 15, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lokasi Dalam Rakaman Klip Video Lingam Adalah Di Rumah Peguam Itu silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "