Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 8:51 AM

16Rabu,Januari

Video Klip Dan Audio Sahih, Tiada Penyuntingan, Kata Pakar

KUALA LUMPUR, 15 Jan, - Seorang pakar forensik digital mengesahkan kepada Suruhanjaya Diraja hari ini bahawa video klip `Lingam' adalah sahih dan tiada penyuntingan.

Juruanalisa kanan syarikat Cyber Security Malaysia Mohd Zabri Adil Talib berkata analisis yang dijalankan itu berdasarkan tiga sampel CD dan satu sampel DVD yang diserahkan kepadanya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menentukan kesahihannya.

"Satu laporan mengenai analisis itu juga dihasilkan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat (Chuah Lay Choo) dalam suruhanjaya berkenaan pada 14 Jan 2008 (semalam).

"Analisis mendapati pergerakan objek yang dirakamkan adalah konsisten. Ini menunjukkan bahawa rakaman itu sahih dan tidak disunting," katanya menjawab soalan pegawai pengendali Datuk Azmi Ariffin di sini.

Mohd Zabri, 28, yang berkelulusan Sarjan Muda Sains Komputer Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah saksi kelima yang dipanggil memberi keterangan pada hari kedua inkuiri rakaman video itu yang menunjukkan seorang dikatakan peguam kanan yang kononnya cuba mempengaruhi pelantikan hakim.

Katanya analisis itu berdasarkan sekeping CD membabitkan klip video selama lapan minit yang diterima pada 11 Okt lepas, sekeping CD yang diterima pada 26 Dis lepas membabitkan rakaman video selama 14 minit dan sekeping CD serta sekeping DVD yang diterima pada 8 Jan lepas membabitkan sampel audio.

Mohd Zabri berkata analisis video itu difokuskan kepada rangka video file tersebut untuk mengesan sebarang kesan suntingan dan dilakukan dengan meneliti kesinambungan antara satu rangka kepada rangka seterusnya.

Beliau berkata ia menjurus kepada pergerakan objek yang dirakam dalam file video tersebut untuk mengenal pasti sama ada file tersebut sahih atau telah disunting, bermula dari file pertama hingga file terakhir.

Mohd Zabri berkata beliau juga membuat analisis sama yang memfokuskan kepada spektograf, menjuruskan kepada bunyi persekitaran yang didapati tiada perbezaan drastik dan suara audio itu juga konsisten di penghujungnya.

Mohd Zabri, yang bertugas sejak Jan 2007 dengan syarikat berkenaan juga merumuskan bahawa file audio yang diekstrak daripada rakaman video adalah konsisten dan tidak disunting dan tiada proses dubbing.

Beliau yang pernah mendapat tauliah daripada Global International Assurance Certification sebagai Penganalisis Forensik Bertauliah yang menentukan kebolehan daripada segi skil seorang pengamal komputer forensik, juga mengesahkan telah melakukan analisis berkenaan di makmal biometrik Agnitio S.L di Madrid, Sepanyol.

Mohd Zabri berkata beliau pergi ke Madrid diiringi oleh pegawai BPR Azam Baki, Penguasa BPR Putrajaya Wan Zulkifli Wan Jusoh dan seorang lagi pegawai Cyber Security Asmawi Fadilah Mohd Arifin.

Hasil analisis juga mendapati suara yang sama dipaparkan pada dua sampel audio berlainan, serupa dengan suara yang merujuk kepada suara Lingam.

Sebelum itu, Penguasa BPR Wan Zulkifli Wan Jusoh yang bertugas di bahagian forensik ibu pejabat BPR berkata beliau ada memuat turun klip video itu selama 14 minit ke dalam komputernya sebelum memindahkannya ke CD pada 18 Dis lepas.

Wan Zulkifli menyerahkan CD berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Penguasa Kanan BPR Chuah sebelum beliau diminta menghantarnya ke Cyber Security pada 26 Dis lepas selain klip video selama lapan minit pada 11 Okt lepas, katanya menjawab soalan Pegawai Pengendali Datuk Nordin Hassan.

Katanya beliau menyerahkan satu DVD yang mempunyai sampel suara 22 penduduk Malaysia dan satu CD yang mempunyai suara Datuk VK Lingam yang diterima daripada Penguasa BPR Moses Lawrence kepada Cyber Security.

Wan Zulkifli berkata kesemua tiga CD dan satu DVD itu diserahkan kepada Mohd Zabri.

Menjawab soalan peguam R Thayalan, yang mewakili Lingam, Wan Zulkifli berkata rakaman video klip yang dimuat turun daripada Anwaribrahimblog.com bukan salinan asal dan tidak ada apa-apa dilakukan untuk meningkatkan mutu suara atau kualiti salinan CD itu. - (Bernama)
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Januari 16, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog