Selasa : 1 April 2025   
@ 3 Syawal 1446H / 8:46 PM

16Rabu,Januari

Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Nurin Gagal Dicam

KUALA LUMPUR, 15 Jan, - Beberapa kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa kes culik dan cabul di Kampung Baru tahun lepas, tidak dapat membuat pengecaman terhadap dua lelaki yang ditahan pada Sabtu dan Ahad lepas bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Ismail Omar.

Mereka juga tidak dapat mengecam sebuah bangunan kosong di Jalan Tun Razak, tempat kerja salah seorang lelaki yang ditahan.

Ismail berkata siasatan polis masih diteruskan walaupun kanak-kanak perempuan terbabit gagal membuat pengecaman.

"Kita masih meneruskan siasatan dengan pesat dan kita mempunyai cara penyiasatan tersendiri. Kalau ada petunjuk baru kita akan kaji kesahihannya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Eye Glo Plus kepada Polis Diraja Malaysia di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini hari ini.

Polis baru-baru ini menahan dua lelaki setelah mendapat laporan bahawa raut wajah mereka seiras dengan fotofit suspek yang diedarkan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam Nurin,8, yang mayatnya dijumpai dalam sebuah beg sukan pada 17 Sept lepas.

Beliau berkata polis turut mengambil ujian DNA ke atas kedua-dua lelaki yang ditahan dan masih menunggu laporan keputusan ujian itu.

Katanya pengambilan ujian DNA merupakan antara proses yang dilakukan dalam sesuatu penyiasatan polis seumpama ini.

"Kita buat siasatan daripada pelbagai sudut dan memerlukan masa. Semua bukti dan maklumat yang dikumpul akan kita analisis sebelum tindakan selanjut... harap bersabar," katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai sikap segelintir masyarakat yang menyalurkan maklumat palsu berhubung kes kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, 5, Ismail berkata polis memandang serius perkara itu.

Katanya maklumat palsu seumpama itu akan menyulitkan proses siasatan polis dan . sikap pihak yang mendapat kepuasan dengan melihat kesengsaraan orang lain dianggap tidak wajar.

"Mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penghantaran SMS palsu akan dirujuk kepada undang-undang yang sedia ada. Tetapi kalau ada maklumat sahih tolong tampil dan bekerjasama," kata beliau.

Polis menahan seorang remaja lelaki di Bagan Serai, Perak, pagi ini kerana dipercayai menyalurkan maklumat palsu berhubung kes kehilangan Sharlinie.

Semalam, polis turut menahan seorang pembantu rumah warga asing berumur 27 tahun di Johor Baharu kerana menghantar SMS palsu kepada keluarga mangsa sejak hari pertama kehilangannya. - Bernama
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Rabu, Januari 16, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog