Lebih memeranjatkan apabila makanan yang menjadi kegemaran pengguna tempatan terbabit dihasilkan pekerja warga Nepal dan Indonesia tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan dan suntikan Typhim seperti disyaratkan pihak berkuasa.
Dalam serbuan pertama di sebuah kilang di Kampung Baru, Sungai Buloh, jam 11 pagi semalam, pegawai Jakim dan Jabatan Kesihatan Selangor yang turut dibantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), terkejut apabila melihat keadaan kilang memproses tauhu itu dalam keadaan kotor dan tidak terurus.
Ketika pemeriksaan dilakukan, empat pekerja wanita warga Indonesia yang didapati tidak memakai sarung tangan dan penutup kepala sedang sibuk melakukan kerja memampat dan memotong tauhu basah.
Tambah memeranjatkan apabila pekerja terbabit didapati menggunakan beberapa bekas tong cat sebagai timba untuk mencedok air tauhu panas ke dalam bekas acuan kayu.
Pemeriksaan kemudian mendapati bekas acuan tauhu yang diperbuat daripada kayu itu sudah berlumut dan kotor selain tidak sesuai lagi digunakan.
Kawasan menghasilkan tauhu berkenaan turut didapati dalam keadaan kotor apabila sisa tauhu berkenaan dibiarkan berselerakan di atas lantai.
Sewaktu pemilik kilang berusia 45 tahun itu disoal siasat, dia memberi alasan kilang berkenaan masih dalam proses pengubahsuaian.
Malah lelaki terbabit yang bimbang sekiranya serbuan itu didedahkan media, mendakwa dia mempunyai pekerja beragama Islam namun memberi alasan semua pekerja berkenaan sudah pulang selepas tamat tempoh bekerja.
Pegawai Jabatan Kesihatan Selangor yang melakukan pemeriksaan terperinci turut kesal apabila peralatan mengisar kacang soya didapati diletakkan terlalu dekat dengan saluran paip diesel yang digunakan dalam kilang berkenaan.
Keadaan peralatan kilang yang berkeladak dan dibiarkan air bertakung turut mengundang rasa tidak senang pada pegawai penguat kuasa yang pernah menyerbu kilang sama kira-kira dua tahun lalu.
Kesal dengan keadaan kilang tauhu kotor terbabit, pegawai Jabatan Kesihatan Selangor tidak teragak-agak mengeluarkan notis penutupan kilang serta-merta mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1985.
Selain itu, pegawai Jabatan Kesihatan memberi amaran lisan dan bertulis supaya pemilik kilang terbabit mematuhi syarat kebersihan ditetapkan termasuk membina lantai kalis air dan acuan tauhu diperbuat daripada logam.
Dalam serbuan kedua di sebuah kilang yang terletak satu kilometer dari lokasi pertama, pegawai penguat kuasa sekali lagi dikejutkan dengan penemuan kilang memproses cincau yang diibaratkan sama seperti dalam reban ayam.
Sewaktu serbuan dilakukan, ada dua pekerja warga Nepal sedang sibuk membungkus cincau berkenaan tanpa memakai sarung tangan dan penutup mulut.
Pemeriksaan mendapati kebanyakan peralatan memproses dan memasak cincau dalam kilang terbabit berkeadaan kotor dan tidak diurus sempurna. - Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin (myMetro)
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Khamis, Januari 17, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tauhu berlumut silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "